Advertisement

31 July 2012

SWEET BLACK CHICKEN WITH TOMATO PUREE

Ayam masak hitam tomato















Sedap! Itu first impression masa Iftar hari Ahad yang lepas di Masjid Fukuoka.  Kali ini giliran komuniti Malaysia menyediakan juadah bebuka dan menu utama ialah nasi minyak Terengganu, ayam masak hitam tomato dan acar mentah.  Resepinya sudah tentu dari Ida.  Jom jenguk dapur Ida.  Tahun ini berbeza dari tahun lepas di mana tugasan diberi sama rata kepada semua, pihak lelaki masak nasi minyak dan acar mentah, pihak perempuan pula dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ayam masak hitam tomato dan kumpulan kuih bakar yang sangat sedap. Adik-adik bujang pula bertungkus lumus merebus 400 biji telur.  Tapi dari pengamatan saya, Ida le orang paling sibuk sekali sebab hampir semua akan rujuk kepada beliau, selaku chef utama kami.   Ok , tak nak cakap banyak, jom tengok resepinya yang diubahsuai sedikit dari resepi Ida. Thanks idaddapur.blogspot.com.jp

Bahan-bahan
  • 1.5kg ayam (dibersihkan, dipotong dan digoreng menggunakan garam dan kunyit)
  • 2 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*                      * dikisar halus
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*                             
  • 2 sudu besar cili kering kisar (jika tak nak pedas kurang, dan sebaliknya)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan tomato puree + 3sudu besar sos tomato
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat nipis**
  • 6 helai daun limau purut dihiris halus**
  • 2 biji tomato segar (dipotong dadu)**
Bahan menumis
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 inci hali dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus
 Cara-caranya
  1.  Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumis bahan menumis sehingga naik bau
  3. Masukkan bahan kisar dan gaul rata dengan minyak, biar seketika sehingga naik bau
  4. Masukkan cili kering kisar di satu sudut kuali
  5. Masukkan sos tiram di satu sudut lain kuali.
  6. Biar seketika dalam 1-2 minit, kemudian gaul rata dan masukkan tomato puree, sos tomato, kicap pekat, lada putih dan garam secukup raya. 
  7. Biarkan ia masak seketika sambil menikmati keenakan bau di dapur anda...hehe
  8. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata.
  9. Masukkan bahan-bahan bertanda ** , gaul rata dan biarkan ia masak seketika
  10. Ok, dah siap.

Tips,
  • Jika hendak kuah, boleh ditambah air ke dalam masakan. Adjust kepekatan mengikut selesa. Tetapi saya lebihkan tomato puree untuk kuah dan hanya sedikit air. Baru pekat.
Resepi ini simple, untuk resepi sebenarnya dengan bahan-bahan yang lebih membangkitkan rasa, boleh jenguk-jenguk blog Ida di sini.

Ok, selamat mencuba

Until we meet again, babai.

No comments: