Advertisement

16 July 2012

A visit to blueberry nomura


"Nak pergi Tosu tak?" tanya big boss sekembali dari hantar Abang Haziq ke masjid hari ini.  Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, masjid menjalankan aktiviti buat anak-anak di sini untuk mengenali bulan yang mulia nie. (Setiap anak-anak dibekalkan jadual puasa masing-masing, bagus juga, satu semangat buat Abang Haziq).  Memandangkan puasa di sini lebih 12 jam, nak didik abang berpuasa berperingkat.

Perghhh..bagaikan buah jatuh ke riba..."Haaa, ada sale ke?" (Sudah tentu nakkkkkkkk!!!!)

"Taklah, diarang ajak pergi petik blueberry kat sana, lepas ambil abang kita follow diarang".....

Lima buah kereta bergerak dari masjid ke arah Tosu yang mengambil masa satu jam lebih termasuk sesat 50++ meter...hehehehehe. Nama tempat ini BLUEBERRY NOMURA yang terletak di Kurume (bukan Tosulah big bosss, Tosu jiran sebelah menyebelah aje).  Ladangnya di mata kasar nie tak la terlalu besar.  Fees untuk masuk dewasa Yen 500 dan kanak-kanak sekolah rendah Yen 200 sahaja. Untuk Angah Hazim...FOC aje.  Aktivitinya?.....picking and eating (tapi tak boleh bawa keluar ya).  Makan kat situ juga.

Mmmm, macamana nak kenal kemanisan buah nie..meh makcik ajar...seperti yang dijelaskan oleh petugas di situ....lagi gelap warnanya lagi manis...mmm, tapi yang tinggal yang masam-masam aje...adalah beberapa pokok yang manis....(apalagi makan le puas-puas...500 yen yuran masuk beb!!!! hahahahaha, idak lah...adalah kesopanan dan kesusilaannya) dan seperti yang dijelaskan oleh Aqil-kun kat aunty wawa nie, lagi bawah lagi manis...hehe

Seperti yang semua sedia maklum...blueberry ni dan adik ipar sepupu sepapat dia  (famili berry berry nielah)...adalah ajen antioksida yang sangat baik. Maknanya bagus untuk kesihatan. Lihat sini, dan sini (suka tengok blogger lain tulis mcmanie...nak le cuba gak buat link mcm nie....hehehehe...). Di atas manfaatnya yang sangat bagus menyahkan oksida dalam badan...sebab tu jika tengok status kat FB..." uih sakit oat..nak berry berry"....kaver line sungguh.


Angah Hazim, dek kerana dalam kereta tinton dan dikejutkan dengan paksa rela, mood agak kurang. Makanya, gambar pun agak kurang le angah. .  Dengan cuaca yang panas sekarang nie, jenuh gak nak berdukung aje. Tapi nasib baik segera recharge...dapatlah shoot satu dua gambar.


Sebelum balik, sempat juga kami semua relaks di sudut rehat yang menarik sambil menikmati ABC blueberry.  Harganya Yen 350...lebih kurang anggapan tiga ringgit lima puluh sen...tapi jangan convert ke RM yang sebenar ya.....jika tak ia akan menjadi hampir RM 12!! Blueberry Nomura ini di buka pukul 9.00 pagi dan di tutup pada pukul 5.00 petang...dan group kami yang terakhir keluar...hehehehe.

Dan selesai entry ini, kedua-dua hero telah lena diulit mimpi...penat la tu.

Until we meet again...babai.

Pembetulan: Entry ini ditaip pada 15hb Julai tetapi dipost ke blog pada 16 Julai. Harap maklum.


No comments: