Advertisement

26 June 2012

TOMYAM RECEPIES WITHOUT PES



Sudah lama rasanya tak jenguk blog nie (bukan rasa2, memang dah lama punnn..ingatkan dah give up ke apa...ekekekeekek). Sejak dua menjak nie agak sibuk di lab almaklum la dah merancang-rancang hendak balik ke kampung halaman walapun pun SV tak bagi green light lagi...hehehehe...yang penting angan-angan tu ada...bak kata orang, jika hendak membuat jurnal, bermula dengan angan-angan dulu, Insya-Allah, usaha ke arah itu akan ada. Dalam kes saya nie...usaha beli tiket dah ada...tinggal usaha nak ketuk pintu SV aje yang meruntun kalbu. Sebab itu dengan semangat dan usaha yang digigihkan, bertungkus lumus dok uli mortar kat lab dan polish sampel untuk (syyyy...tak boleh cerita, research itukan rahsia.....syyy)..hahahaha, padahal tak tahu nak sebut apa kat sini....kaver, kaver. Doakan saya berjaya mencapai result yang ingin dicapai dan akan dapat mengetuk pintu SV dengan gembira dan kembang kempis riang ria untuk mohon cuti.

Saya dah lama mencari resepi Tom Yam tanpa menggunakan pes TomYam yang sedia ada di pasaran. Memang mencari, kat MyResepi pun tak ada. Alhamdulillah, rezeki saya ditemukan melalui fesbuk dengan seorang rakan sekolah, Feeda yang telah terputus hubungan hampir 17 tahun (hahahahaa, siap ambil kalkulator tu nak kira 35-18=17). betul ke formula nie...ari tu jenuh teknician nak terangkan kepada saya a simple maths calculation...apa la....ok berbalik kepada Feeda, dalam banyak2 post beliau di FB saya tertarik dengan status masakan tomyam beliau tanpa menggunakan pes. Masa tu malu nak tanya..yelah kan, 17 tahun tu beb....malu-malulah dulu, bila dah.....mmm...ambik....

`Feeda, ari tu ko ada post resepi tomyamkan...bagi aku resepi boleh`

...dah tak ada nak tanya anak berapa, duduk mana, buat apa dan lain-lain lagi dah...(nak kena ambil kursus komunikasi macam ni). Di sini saya ingin kongsikan resepi tomyam yang dicuba semalam. Senang masak tomyam nie,..senang maksud saya TWO in ONE...semalam saya sediakan tomyam dengan nasi dan mee...hahahahaha...ibu mithali la katakan...mee tomyam untuk sarapan, nasi tomyam tu untuk malam...hahahahaha...tu senang maksud saya. Ok, ini resepinya, thanks tu Feeda

Bahan-bahan
  • 5 biji bawang merah (saya guna 1/4 bawang besar sebab Jepun tak ada bawang merah) - dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih - dihiris halus
  • Halia (sebesar ibu jari - diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Cili padi ikut citarasa kepedasan (saya tak letak sebab nak makan dengan anak-anak)
  • Tomato (saya ambil tomato yang besar dan potong dadu besar2)
  • Perahan limau purut (saya guna perahan lemon)
  • Daun limau purut
  • Minyak untuk menumis (2-3 sudu besar)
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • Ayam, daging, sotong, udang dan apa sahaja mengikut kegemaran masing-masing (saya guna ayam yang dipotong kecil-kecil, tauhu goreng, bebola batang udang)
Cara-cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang merah, putih halia sehingga naik bau
  2. Masukkan serai...biar seketika dalam 2-3 minit
  3. Masukkan sedikit air (dalam 1 -2 cawan)
  4. Apabila air telah mendidih, masukkan ayam untuk dapatkan pes ayam
  5. Kemudian tambah air sehingga aras yang dikehendaki, biarkan mendidih
  6. Masukkan daging, udang, sotong etc (dalam kes saya tauhu goreng dan bebola udang)
  7. Masukkan tomato, teruskan ia mendidih dengan api yang sedehana kecil
  8. Masukkan perahan limau, cili dan daun limau purut
  9. Oppss..lupa, jangan lupa letak garam ikut citarasa masing-masing ya.

Tips
  • Boleh asingkan dahulu untuk hidangan anak-anak sebelum kita masukkan cili untuk hidangan dewasa.
  • Tomyam ini bak kata Feedam tomato merupakan bahan paling utama dan saya sangat setuju setelah mencubanya.
  • Perahan limau dan daun limau purut hendaklah dimasukkan diperingkat akhir sekali.

Ok, selamat mencuba

Until we meet again, babai.


20 June 2012

SIMPLY DEEPLY FRIED SEQUIDO

Kredit to Jom makan-makan di Terengganu blog

MasterChef Selebriti Malaysia habis 3 episod saya tengok kelmarin in one shot.    Seronok tengok rancangan masak memasak, dekorasi Eric, dan apa2 la pasal household ngan tekak...terhibur sangat-sangat (cerita gosip pun suuukeeeeeeeee).

Masa dok curi2 tengok Master Chef Selebriti Malaysia kat lab ari tu (ayik panjang leher je setiap kali ada pergerakan atau bunyi kat pintu...hahahaha....orang bersalah)  Ingat lagi hari tu sibuk berfesbuk, tetiba SV datang, perrrghhh, kelam kabut nak tukar window...SV perasan beb, tapi dia yang cakap gomenne gomenne (maaf, maaf: nie yang buat diri lagi rasa bersalah) .....Ok sambuang balik...MASA DOK CURI2 TENGOK MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA KAT LAB ARI TU....telinga tertangkap dengan komen dari juri tentang pisang goreng Louisa Chong.  Pisang goreng yang paling sedap komen juri....Oleh kerana tengok siaran ulangan, boleh le saya rewind, forward, rewind, forward...hehehe. Okay, idea dah ada.

Tak ada apa benda pun, nie cerita nak masak apa ngan sotong dalam peti ais tu, dah 2 hari pikir nak masak apa...yang boleh masak sekali  dan boleh makan dengan anak-anak.  Sebelum nie buat selalu tak berjaya sebab tepung ngan sotong tiada bonding chemistry.  Nasib baik mengisi masa lapang kat lab sekejap nengok MCSM tu kelmarin...dapat gak berbakti dengan jayanya kat famili. Jadi pagi semalam saya buat sotong goreng tepung yang sangat ringkas tapi rangup....saya kongsi kat sini ya (huhu, chef yang otai-otai tutup mata tau).

Bahan-Bahan
  • Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Serbuk kunyit (jika nak kekuningan sikit)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya (yang paling cepat)
  1. Letak sotong dalam mangkuk
  2. Masukkan tepung gandum (mmmm...cukup untuk semua sotong)
  3. Masukkan tepung beras (mmm...masukkan aje..asalkan tak lebih dari tepung gandum, atau letak je setengah dari kuantiti tepung gandum)
  4. Masukkan garam secukup rasa
  5. secubit serbuk kunyit
  6. Akhir sekali masukkan air (jangan terlalu kering dan jangan terlalu lembik, agak2 mcm nak buat goreng pisang)
  7. Okay dah boleh goreng dengan gembiranya.

Tips,
  • Berhati-hati ya ketika menggoreng sebab sotong suka meletup2 dalam kuali. Ada kuali berpenutup sangat2 best.

Balik dari lab semalam, Abang Haziq kata,
         ``Ibu, ibu masak apa tadi tu...(dia lupa perkataan sotong, 
           adusss... jenuhlah balik Malaysia nanti)`

Saya jawab sotong goreng.  Uiihhh, seronoknyerrrr dengar dia kata...
         `` Sedappp, Abang Haziq suka``  

(Bagi seorang ibu, anak-anak puji masakkan adalah sesuatu yang amat menggembirakan). Makanya, sebab kembang tak kempis-kempis lagi, hari ini ibu masak le pula goreng pisang dengan resepi yang sama...Mmmmmm..sedaaaapppnyaaa....(hehehehehe, perasan...tapi memang betuuuul). 


Ok, until we meet again. Babai.
         

    18 June 2012

    THE RED RIDING TOMATO RICE WITH KASIH CHILL FRIED CHICKEN





    Saya amat gemar menu nasi tomato lebih-lebih lagi jika digandingkan dengan ayam goreng masak merah. Perghhh..menangkap. Masakan saya tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan chef-chef blogger yang otai. Sekadar hendak berkongsi rutin masakan harian saya sekeluarga.


    A. Nasi Tomato

    Bahan-bahan
    • Beras (tak kisah beras biasa atau beras basmathi - 3-4 pot) 
    • Bunga lawang (4-5 biji)*
    • Bunga Cengkih (4-5 biji)*
    • Cinnamon (1 batang)*
    • Bawang besar (1/4) dikisar/tumbuk bersama halia (sebesar ibu jari pun ok atau lebih kecil)*
    • Mentega (1-2 sudu besar)
    • Susu sejat (setengah tin, tapi kadang-kadang saya masukkan aje setin, the more the merrier, hehe)
    • Tomato (1-2 biji di potong dadu)
    • Sos tomato (untuk warna merah nasi tu)
    • Garam secukup rasa (selalu saya bagi nasi terasa garam sebab anak-anak suka makan macam tu aje)

    Cara-caranya
    1. Basuh beras dalam periuk nasi dan toskan
    2. Panaskan mentega sehingga cair di dalam kuali.
    3. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau
    4. Masukkan tomato, sos tomato dan garam (masak dalam 2-3 minit).
    5. Kemudian masukkan panas-panas ke dalam periuk nasi.
    6. Masukkan susu sejat (kadang-kadang sos tomato dan garam saya letak masa ini)
    7. Letak air sehingga sukatan masakan beras.
    8. Sudah tersedia untuk dimasak. (masa tengah masak ini, nanti dapur berbau harum jeeee...)
    B. Ayam masak merah

        Bahan-bahan
    • Ayam (setengah ekor dan dipotong kepada beberapa bahagian, GORENG)
    • Bawang besar (setengah biji, jika bawang besar tu kecil, guna terus satu biji)*
    • Halia (besar ibu jari atau lebih sikit ok aje)*
    • Minyak untuk menumis
    • Sos tiram
    • Sos cili jika suka (tak ada pun ok sebab saya pun selalu kehabisan stok, ngeeee)
    • Cili kering (direbus dan dikisar)
    • Tomato (potong ikut kesukaan)
    • Garam secukup rasa
    • Bunga lawang dan cinnamon (tiada pun tak apa sebab saya selalu lupa nak letak sebab nak cepat)
    • Air

     Cara-cara
    1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan bertanda * yang telah dikisar halus terlebih dahulu. Jika nak guna bunga lawang dan cinnamon, tumis ini dulu baharu tumis bahan kisar sehingga naik bau...jangan sampai hangus ya...so, perlahankan api. 
    2. Masukkan cili kisar 2-3 sudu besar (ikut kepedasan). Letak pada satu bahagian kuali.
    3. Masukkan sos tiram di sudut lain kuali pula. Mmmm..macamana nak cakap ya..sebab saya main letak je...dalam 2-3 sudu besar kut. Ikut nisbah cili tu..jangan lebh dari kuantiti cili kisar.
    4. Masukkan sos cili di satu bahagian lain kuali pula (2-3 sudu)
    5. Biarkan seketika ia masak 1-2 minit kemudian kacau dengan senduk.
    6. Garam secukup rasa.
    7. Masukkan ayam.  Gaulkan dan biarkan ia sebati.
    8. Tambah air (sikit atau banyak terpulang kepekatan yang dikehendaki)
    9. Tutup api dan masukkan tomato.
        Tips
      • Jangan lupa masukkan sedikit minyak ketika blender cili kering supaya tekstur blend chilli lebih halus dan `bercahaya`.
      • Jika hendak asingkan dengan makanan anak-anak yang tidak sesuai dengan pedas, gantikan cili kering dan cili sos dengan sos tomato sahaja. Cara masak yang sama. Tabur sahaja atas ayam goreng yang telah diasingkan.
      • Jika nak tumis bawang potong kasar bersama bahan blender pun ok. Yang penting mesti ada halia.
    Ok, until we meet again. Babai.

    17 June 2012

    It is a manga not mangga.




    Oh my! Finally, I figure out how to compose in the blog yesterday....ekkeekekeke....me the 'IT blind'. Mana le tahu ada beza 'COMPOSE' ngan 'HTML' button, ghupe-ghupenya selama ni saya guna HTML. wakakakaka...berpeluh nak masukkan enter sign sebelum nie.

    My topic for today is more on education. I got this nice manga from a friend and I think every one of lab member got it too. Mungkin la kut sebab tengok hampir ada kat semua meja. I only have a chance go through the Manga a few days after...sebab dah mati akal tak tahu nak wat apa dah...FB dah, membaca jauh sekali..heheheheeh. My first impression? VERY INTERESTING!!!

    Masih ingat tak zaman remaja dulu-dulu (untuk kelahiran version 1970-an macam saya), komik-komik seperti Pendekar Laut (fuuhh, yang nie cukup edisi kami adik beradik kumpul,masa baca komik nie memang menghayati sungguh macam benar-benar wujud, hebat tak hebat pengaruhnya...nasib kami adik beradik menjadi orang juga akhirnya...wakakakaka), Wunan, sekarang ada Naruto, Doeramon, Ujang, Gempak dan lain-lain. Ok, sapa yang tak suka semua nie turun tangan. Sukeeeeee...sapa tak suka uiitt. Sampai la nie suka juga baca komik tapi menurut peredaran zaman lah, jika nak buka Pendekar Laut sekarang dah tak teruja macam zaman kurus melidi dulu (remaja). Jika wujud pun, dah tua dah Pendekar Laut tu, lebih baik saya cari Keluang Man.

    Di Jepun, manga aka komik adalah kegilaan semua peringkat (jika saya silap sila betulkan). Dari kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa. Dan saya pernah terbaca di satu keratan akhbar masa di tanahair dulu, ahli politik Jepun juga terpaksa meminati manga dan mewar2kan mereka membaca manga untuk meraih sokongan. Hebat tak hebat pengaruh manga di sini. Tetapi manga yang hendak saya ketengahkan ini sangat-sangat POSITIF dan MENARIK. Cuba bayangkan duduk dalam kelas di Universiti belajar subjek `Concrete Material` atau ` Konsep Asas Elektrik` atau ` Pengenalan kepada Jalanraya` atau apa-apa subjek membaca. Cer ingat-ingat balik, isi kandungannya.... Isi kandungannya memang sangat berilmiah dan berguna TETAPI.....ada tetapinya....jika ditukar cara pendekatannya akan menjadi lebih menarik tertarik kau memang kebooommm!!!

    Setelah melihat manga ini, saya membuat rumusan peribadi, tidak merumuskan secara keseluruhan sebab saya tidak pernah belajar di tahap undergraduate di sini, saya tidak mahir (nak kata tak tahu..tak boleh juga sebab sumimasen semua tu tahu...hehehehe) berbahasa Jepun dan pengamatan saya hanya berdasarkan kefahaman ilmu `kejuruteraan konkrit` saya yang sedikit ini. Contohnya nampak gambar itu ini tahulah dia cerita pasal apa...mana-mana tulisan hiragana dan katakan boleh bersua muka dengan Mr Google Translator adik kepada Mrs Google Image tu.

    Manga yang saya perolehi ini adalah berkaitan dengan konkrit. Ia terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian yang sudah pastinya menarik iaitu lukisan-lukisan karakter kartun yang cool dan disertai dengan dialog bersahaja berkenaan konkrit dari cement, aggregate, chemical admixture dan seterusnya. Menarik bukan. Bahagian kedua, akan ada penerangan lebih lanjut berkenaan intipati yang dibincangkan oleh karakter-karakter ini. Sangat enjoyable pendekatannya. Manga konkrit yang saya dapat ini ada beberapa edisi. Mmmm..but I am not sure if they use it as main textbook in Uni. As extra guidance...yes, perhaps. It easy to understand concrete using this manga and the most important, student will not zzzZZZZZZZZZZZ......kroh kroh kroh.

    Lepas tengok manga nie bersemangat nak buat benda yang sama balik nanti...hehehehehe..angan-angan je..buatnye entah kan ya entahkan tidak. Yang penting angan-angan tu ada....hahahahahahaha...

    Ok, until we meet again. Babai.






    16 June 2012

    ORANGE CAKE RECEPIES.

    A. RESEPI KEK OREN

    Bahan-bahan
    • 4 cawan tepung
    • 8 biji telur
    • 2 cawan gula kasar
    • 2 cawan marjerin (dipukul sehingga lembut)
    • 2 sudu besar susu segar
    • 4 sudu besar sunquick oren
    Cara-caranya
    1. Pukul telur sehingga berbuih
    2. Masukkan gula dan pukul/putar sehingga sebati dan putih
    3. Masukkan marjerin dan putar sehingga sebati
    4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
    5. Masukkan susu dan sunquick, putar sebati
    6. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak
    7. Tutup loyang dengan aluminium foil
    8. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
    9. Selepas 20-30 min masak, tanggalkan aluminium foil dan teruskan sehingga kek betul-betul masak bergantung kepada oven/microwave. 
    Tips
    • Gabungan tepung = 1 cawan tepung gandum dan 3 cawan tepung kek. Jika hendak lebih padat tesktur kek, kurangkan tepung kek dan lebihkan tepung gandum. Contohnya 2TG:2K atau 3TG:1TK atau jika nak semua tepung gandum pun tiada masalah
    • Pastikan saiz cawan yang sama digunakan untuk ukuran setiap bahan.
    • Jika hendak buat sedikit sahaja, bahagi dua semua di atas.
    • Mungkin boelh dimasukkan hirisan kulit oren jika hendak lebih sedap. Saya pernah dengar cara ini tapi tak pernah cuba


    B.  CREAM CHEESE FROSTING (thanks to idaddapur.blogspot.jp)

    Bahan-bahan
    • 400 gm cheese Philiiadelphia
    • 1 cawan gula halus. 
    • 400 ls whipping cream (cuba cari non-dairy)
    • 1/4 sudu kecil garam
    • 1/4 sudu kecil esen vanilla
    • 1/2 biji lemon....diperah airnya. (jangan besar sangat nanti masam macam kek saya)
    Cara-caranya
    1. Biarkan cream cheese lembut pada suhu bilik selama 2-3 jam
    2. Pukul cream cheese + gula sehingga sebati, tambah whipping cream serta bahan-bahan lain sehingga sebati dan pekat
    3. Ok dah siap, dah boleh hias atas kek (masa kek dah sejuk tau) dan disetiap lapisan kek jika hendak. Jika nak letak disetiap lapisan, kek boleh dipotoing dua secara melintang semasa kek sejuk. Jika nak bewarna boleh letak pewarna.

    SELAMAT MENCUBA

    Until we meet again. Babai.

    A chef with two helper...

    Being a chef with two boys in the kitchen is not an easy task. A lot, I mean really lot of 'panadol' are required to reduce my incredible hulk transformation. Tuuuu dia, London introduction (dulu time nak speaking macam nie, mulalah kawan mengusik..woiii, speaking London, speaking London) ekekekee...tu belum lagi usikkan kawan bila saya cakap bahasa Kedah. Bukan sengaja nak cakap tapi memang dah lidah macam tu...Ingat lagi " haaa...tu DEPA dah datang, DEPA dah datang" merujuk kepada sebutan saya yang kerap berbahasa Kedah. Tak ler pekat, ntah nape tah DEPA tu sebati. Well my father is pure Kedahrian okeyyy.... Mmm..that answer my Q.
    Duduk semeja dengan Abang Haziq dan Angah Hazim time membaking nie...fuuhhhh, kena control betul-betul intonasi dan pitching (almaklum sedang berusaha untuk menjadi ibu mithali...wakakakaka). Jika nak pusing kena cepat-cepat pusing, jangan nak bermimpi-mimpi sambil mengalunkan lagu Sha Na Na Na. Sebelum berpusing, siap berpesan, Angah jangan usik...jangan usik tau macam malam tadi...haiiiipppp....dalam beberapa saat berpusing, angah sempat menjilat jari dia....perghhh..cekap tak cekap dia masukkan jari dalam tempoh tu. Seeedaaapppp?????Perli saya. Dengan ikhlas dia menjawab..sedaaappp...so, how to respond? Itu belum masukkan bahan dalam cawan...tak sempat nak penuhkan, dan dan tu jugak nak tarik....itu belum adegan berebut kerusi sapa nak paling dekat dengan ibu, soal jawab wartawan bernama Abang Haziq dan kecekapan tangan ibu mengawal tangan Angah yang lagi cekap nak pegang itu ini. Macam abang dia cerdik sikit...'meh abang tolong'....sekejap pas tu,'meh abang tolong ibu'...he was so excited knowing I am baking a cake last Monday, tapi malam tadi masa baked cake dia tanya...
    'Ibu masak apa tu' So, I replied ' Ibu buat kek'....' Alaaa asyik kek je...masaklah lain, donut ke' Ewahhhh, ewahhhh.
    Somehow, all this moment will make me smile one day. I hope. I wish they will grow up as a good Muslim boy/man and can take good care of me when I am getting old and give doa to me when I am not 'here' anymore....(silence).
    MMmmm...resepi saya cuba masukkan tetapi masih tak pandai dengan tab control blog..manamana nak buat spacing dll. Saya belajar dulu ya. I will try my best to upload the recepies as soon as possible. I am very sorry.
    Until we meet again. Babai

    14 June 2012

    My Little Sunshine


    `Abang Haziq handsome la hari nie`
    Bisik saya ke telinganya dalam perjalanan ke sekolah pagi tadi. Dia membalas dengan senyuman yang penuh ceria.
    `Ibu pun nampak cantik`
    Dia berbalas bisik pula dengan saya. Hati saya? Kembang sekembang-kembangnya. Sapa tak suka uiitttt dikatakan cantik..ekekekeke, TAPI, bukan itu yang buat saya kembang mewangi. Saya gembira kerana Abang Haziq dapat memberi respon yang baik terhadap pujian yang telah diberikan kepadanya.
    Kebelakangan ini, jarang saya mengusik anak-anak atau memberi perhatian sewajarnya kepada mereka. Balik Kyudai terus masak/panaskan makanan, suap mereka makan dan layan Upin dan Ipin ataupun Backkom sampai la tertidur. (La nie layan Larva le pulak...semua dah boring). Pagi-pagi bangun, masak keperluan untuk seharian, uruskan anak-anak, keperluan sekolah dan taska dan memastikan mereka sekurang-kurang minum susu sebelum keluar pintu. Semua ini dalam masa yang singkat...ibu nak kejar bas pukul 8.22 dari Najima. So, boleh sampai Kyudai sebelum pukul 10 pagi. Boringkan jika hari-hari begini tanpa usik mengusik
    Penyabar? Perghhhh...ni antara ibu yang paling garang...ekekekekeke...kesian kat abang selalu kena marah ngan ibu jika tersilap apa-apa. Lepas marah rasa bersalah pasti menyapa di hati. For sure semua ibu akan merasa perkara ini...marah...rasa bersalah..marah...rasa bersalah. Lama-lama buat saya terfikir....apa kesannya kepada Abang Haziq jika asyik kena marah sahaja....(marah stail ibu-ibu okey..bukan mak bawang putih). Motivasi yang paling menenangkan hati ialah masa mereka tidur. Cer cuba tenung-tenung time anak tengah tidur, tenaaaangggggnyerrrr hatiiii!!!Tak caya cubalah. Memang bersih je muka anak-anak. So, tergamak ke nak marah-marah
    Some of the changes that I made is tak marah-marah dah jika dia tak habiskan hirugohan (lunch) dia, lebih kepada marah senyum dan lepas tu slow talk dengan dia. Malam-malam baca buku Nihonggo dia sama-sama (kena baca setiap hari, dan rekodkan dalam kad untuk semakkan guru). Hampir setiap pagi I will hug them both kuat-kuat sambil cakap IBU SAYANG ABANG NGAN ANGAH TAU...and every napping time, I will whisper to their ears..
    `Ibu sayang Abang. Abang tahu tak yang ibu sayang abang` And he will reply me positively. The same goes with Angah.
    Angah lagi best....angguk-angguk dia cute sangat dengan mata dibuat-buat sepet. Dan dia kerap cium pipi saya kiri dan kanan. You all bayangkan apa yang saya dapat jika marah dengan tidak marah. The outcome will be different. They will listen to what you said or ask..Aaaa..bab asking-asking nie pun kena betul-betul. Kena tanya dulu, jika ibu minta tolong ok tak? Compared dengan sebelum ini..Abang tolong ambil tu..abang tolong ni..abang tolong tu..(Andai dia boleh membalas..`Apa, ibu ingat kita nie robot ke` sambil cekak pinggang...hahahaha....imaginasi jap)...tetapi dia selalu mengeluh aja dulu. Jika guna kaedah yang positif tu, ibu happy, anak pun happy..tapi ibu lagiiii happyyy sebab ada orang tolong ambilkan remote tv..hahahaha..gurau-gurau.(tapi kadang-kadang..kadang-kadang je tau...terlepas juga increadible hulk kat rumah...hahahahha, gomenne...tapi saya tak lupa minta maaf kat mereka jika saya tahu saya tersilap....). I will try my best to provide the best for them. Alaaa..lagipun budak-budak. the same mistake will happen continuously..so, janganlah marah-marah sangat (nie nasihat untuk diri sendiri nie)....motivasi yang paling best kat diri sendiri..`MACAMLAH KO BAIK SANGAT MASA KECIK-KECIK DULU...LUPA KE ABAH KEJAR SATU RUMAH SEBAB KO LASTIK MUKA KAK JUMI SAMPAI MENANGIS (getah posmen yang putih tu...hebat ke tak hebat masa ibu kecik dulu-dulu)....hehehehehe. Jom kita sayang anak-anak kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita...saya kena ingat selalu yang ini. I would like to share some doa, hopefully it can bring some motivation to all mums and mum to be out there.   
    Until we meet again, Babai

    13 June 2012

    A Story Behind The First Attempt....

    Wallaaaa..percubaan pertama...mmm..kedua ikutkan tapi sebab dibuat pada hari dan ketika yang sama kira first timelah kan. What is your first impression seeing the white pink marbeles cake tu (kenalah puji banyak-banyak sebab homemade cake specially made for my lovely kids, hehehe). First attempt, tak menjadi outer layer tu, part yang paling meruntun jiwa ialah bahagian tepi. Jenuh nau tangan nie nak pusing-pusing. Rasa frustrated sangat, gambar kek macam dalam FB kita tu la.Tak menjadi sangat (frust kat decoration je...cake nya sedapppppppppp...ekekekekeke....motivation untuk diri sendiri) Entah tak tahu apa semangat yang masuk masa kat lab kelmarin. Teringin sangat nak buat kek. Nie mesti penangan gambar-gambar cupcake tiramisu Ida (idaddapur@blogspot.com). Sanggup tu pergi BOXTOWN (yang akhirnya bertemu dengan nenek comel...nie cerita lain dalam FB). Nak ke BOXTWON searah jalan ke rumah tapi ikut laluan yang jauh. Selalu naik bas 15 minit je dari Tenjinkita melalui highway ke rumah. Hari tu sanggup kita ke sana. Bus tiba di perhentian bus paling hampir dengan BOXTOWN tepat pukul 6.55 petang( Perlu jalan kaki 5 minit ke BOXTOWN). Semak jadual seterusnya ke rumah adalah 7.25 petang. Dalam hati, uih sempat ke....(nak seribu daya, tak nak..ok je, balikle apa susah). Apalagi, larilah (nasib baik mengamalkan pemakanan tambahan Halalgel...hahahahaa..iklan sekejap, tak la semput sangat). Terus ambil bakul, troli berlari-lari cari bahan yang tak pernah cari sebelum ini (almaklum first time nak buat cream nie). Ada ala ala gaya satu game kat Malaysia dulu. Dalam kedai tu boleh pilih apa sahaja dalam tempoh masa 5 minit jika tak silap. Cuma bezanya, kali nie TAK FREE okey. ;)zup zap zup zap....nasib baik sempat tiba kat bus stop 7.18 pm (jangan tak caya). Naik bas 7.25, sampai rumah terus sembahyang maghrib. So, tergamak ke nak rasa frust selepas disyaki ada `akachan` dalam perut...heehehee....tetiba teringat dialog ngan nenek comel kat bus stop on the way balik tu. Tak lah, bukan pasal tu sebenarnya, perasaan sayang yang mendalam pada anak-anak yang buat kita nak cuba lagi sekali topping cream tu atas cake. 12 tengahmalam baru selesai. Wallaaaa...akhirnya macam yang kat atas tulah hasilnya. Bagi kita sangat-sangat gembira sebab dapat buat sendiri. Cantik belakang kira janji sedappp, cuma sedikit masam cream tu, terlebih lemon kut. Insya-Allah, ada masa kita masukkan resepinya. Resepi cake dari mak dan cream cheese dari Ida idaddapur@blogsopt.com. Thanks.

    12 June 2012

    New Born Blog

    Assalamualaikum dan Good Day to All, I am so happy having this blog. Lihat ramai kawan-kawan ada blog, teringin juga nak satu. Boleh coret coret apa-apa yang patut masa boring. Kadang-kadang tu banyak sangat perkara nak cerita, kat FB oppssss..., bukan semua kita boleh cerita kat situ, hubby plak, well....I am not a person who like to share certain story with him verbally, the kiddosss....WALLAAA!!!great but for sure kita yang pening balik sebab macam-macam soalan bertubi-tubi akan keluar. So, I think writting is the best idea. I will try....(coz ada dah satu blog dulu...mmm....bungkus) I will love this blog. Yesssszaaaa!!!!