Advertisement

Showing posts with label Resepi - Sup. Show all posts
Showing posts with label Resepi - Sup. Show all posts

26 June 2012

TOMYAM RECEPIES WITHOUT PES



Sudah lama rasanya tak jenguk blog nie (bukan rasa2, memang dah lama punnn..ingatkan dah give up ke apa...ekekekeekek). Sejak dua menjak nie agak sibuk di lab almaklum la dah merancang-rancang hendak balik ke kampung halaman walapun pun SV tak bagi green light lagi...hehehehe...yang penting angan-angan tu ada...bak kata orang, jika hendak membuat jurnal, bermula dengan angan-angan dulu, Insya-Allah, usaha ke arah itu akan ada. Dalam kes saya nie...usaha beli tiket dah ada...tinggal usaha nak ketuk pintu SV aje yang meruntun kalbu. Sebab itu dengan semangat dan usaha yang digigihkan, bertungkus lumus dok uli mortar kat lab dan polish sampel untuk (syyyy...tak boleh cerita, research itukan rahsia.....syyy)..hahahaha, padahal tak tahu nak sebut apa kat sini....kaver, kaver. Doakan saya berjaya mencapai result yang ingin dicapai dan akan dapat mengetuk pintu SV dengan gembira dan kembang kempis riang ria untuk mohon cuti.

Saya dah lama mencari resepi Tom Yam tanpa menggunakan pes TomYam yang sedia ada di pasaran. Memang mencari, kat MyResepi pun tak ada. Alhamdulillah, rezeki saya ditemukan melalui fesbuk dengan seorang rakan sekolah, Feeda yang telah terputus hubungan hampir 17 tahun (hahahahaa, siap ambil kalkulator tu nak kira 35-18=17). betul ke formula nie...ari tu jenuh teknician nak terangkan kepada saya a simple maths calculation...apa la....ok berbalik kepada Feeda, dalam banyak2 post beliau di FB saya tertarik dengan status masakan tomyam beliau tanpa menggunakan pes. Masa tu malu nak tanya..yelah kan, 17 tahun tu beb....malu-malulah dulu, bila dah.....mmm...ambik....

`Feeda, ari tu ko ada post resepi tomyamkan...bagi aku resepi boleh`

...dah tak ada nak tanya anak berapa, duduk mana, buat apa dan lain-lain lagi dah...(nak kena ambil kursus komunikasi macam ni). Di sini saya ingin kongsikan resepi tomyam yang dicuba semalam. Senang masak tomyam nie,..senang maksud saya TWO in ONE...semalam saya sediakan tomyam dengan nasi dan mee...hahahahaha...ibu mithali la katakan...mee tomyam untuk sarapan, nasi tomyam tu untuk malam...hahahahaha...tu senang maksud saya. Ok, ini resepinya, thanks tu Feeda

Bahan-bahan
  • 5 biji bawang merah (saya guna 1/4 bawang besar sebab Jepun tak ada bawang merah) - dihiris halus
  • 2 ulas bawang putih - dihiris halus
  • Halia (sebesar ibu jari - diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • Cili padi ikut citarasa kepedasan (saya tak letak sebab nak makan dengan anak-anak)
  • Tomato (saya ambil tomato yang besar dan potong dadu besar2)
  • Perahan limau purut (saya guna perahan lemon)
  • Daun limau purut
  • Minyak untuk menumis (2-3 sudu besar)
  • Air
  • Garam secukup rasa
  • Ayam, daging, sotong, udang dan apa sahaja mengikut kegemaran masing-masing (saya guna ayam yang dipotong kecil-kecil, tauhu goreng, bebola batang udang)
Cara-cara
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang merah, putih halia sehingga naik bau
  2. Masukkan serai...biar seketika dalam 2-3 minit
  3. Masukkan sedikit air (dalam 1 -2 cawan)
  4. Apabila air telah mendidih, masukkan ayam untuk dapatkan pes ayam
  5. Kemudian tambah air sehingga aras yang dikehendaki, biarkan mendidih
  6. Masukkan daging, udang, sotong etc (dalam kes saya tauhu goreng dan bebola udang)
  7. Masukkan tomato, teruskan ia mendidih dengan api yang sedehana kecil
  8. Masukkan perahan limau, cili dan daun limau purut
  9. Oppss..lupa, jangan lupa letak garam ikut citarasa masing-masing ya.

Tips
  • Boleh asingkan dahulu untuk hidangan anak-anak sebelum kita masukkan cili untuk hidangan dewasa.
  • Tomyam ini bak kata Feedam tomato merupakan bahan paling utama dan saya sangat setuju setelah mencubanya.
  • Perahan limau dan daun limau purut hendaklah dimasukkan diperingkat akhir sekali.

Ok, selamat mencuba

Until we meet again, babai.