Advertisement

Showing posts with label Resepi - Makanan Laut. Show all posts
Showing posts with label Resepi - Makanan Laut. Show all posts

20 June 2012

SIMPLY DEEPLY FRIED SEQUIDO

Kredit to Jom makan-makan di Terengganu blog

MasterChef Selebriti Malaysia habis 3 episod saya tengok kelmarin in one shot.    Seronok tengok rancangan masak memasak, dekorasi Eric, dan apa2 la pasal household ngan tekak...terhibur sangat-sangat (cerita gosip pun suuukeeeeeeeee).

Masa dok curi2 tengok Master Chef Selebriti Malaysia kat lab ari tu (ayik panjang leher je setiap kali ada pergerakan atau bunyi kat pintu...hahahaha....orang bersalah)  Ingat lagi hari tu sibuk berfesbuk, tetiba SV datang, perrrghhh, kelam kabut nak tukar window...SV perasan beb, tapi dia yang cakap gomenne gomenne (maaf, maaf: nie yang buat diri lagi rasa bersalah) .....Ok sambuang balik...MASA DOK CURI2 TENGOK MASTERCHEF SELEBRITI MALAYSIA KAT LAB ARI TU....telinga tertangkap dengan komen dari juri tentang pisang goreng Louisa Chong.  Pisang goreng yang paling sedap komen juri....Oleh kerana tengok siaran ulangan, boleh le saya rewind, forward, rewind, forward...hehehe. Okay, idea dah ada.

Tak ada apa benda pun, nie cerita nak masak apa ngan sotong dalam peti ais tu, dah 2 hari pikir nak masak apa...yang boleh masak sekali  dan boleh makan dengan anak-anak.  Sebelum nie buat selalu tak berjaya sebab tepung ngan sotong tiada bonding chemistry.  Nasib baik mengisi masa lapang kat lab sekejap nengok MCSM tu kelmarin...dapat gak berbakti dengan jayanya kat famili. Jadi pagi semalam saya buat sotong goreng tepung yang sangat ringkas tapi rangup....saya kongsi kat sini ya (huhu, chef yang otai-otai tutup mata tau).

Bahan-Bahan
  • Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Serbuk kunyit (jika nak kekuningan sikit)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya (yang paling cepat)
  1. Letak sotong dalam mangkuk
  2. Masukkan tepung gandum (mmmm...cukup untuk semua sotong)
  3. Masukkan tepung beras (mmm...masukkan aje..asalkan tak lebih dari tepung gandum, atau letak je setengah dari kuantiti tepung gandum)
  4. Masukkan garam secukup rasa
  5. secubit serbuk kunyit
  6. Akhir sekali masukkan air (jangan terlalu kering dan jangan terlalu lembik, agak2 mcm nak buat goreng pisang)
  7. Okay dah boleh goreng dengan gembiranya.

Tips,
  • Berhati-hati ya ketika menggoreng sebab sotong suka meletup2 dalam kuali. Ada kuali berpenutup sangat2 best.

Balik dari lab semalam, Abang Haziq kata,
         ``Ibu, ibu masak apa tadi tu...(dia lupa perkataan sotong, 
           adusss... jenuhlah balik Malaysia nanti)`

Saya jawab sotong goreng.  Uiihhh, seronoknyerrrr dengar dia kata...
         `` Sedappp, Abang Haziq suka``  

(Bagi seorang ibu, anak-anak puji masakkan adalah sesuatu yang amat menggembirakan). Makanya, sebab kembang tak kempis-kempis lagi, hari ini ibu masak le pula goreng pisang dengan resepi yang sama...Mmmmmm..sedaaaapppnyaaa....(hehehehehe, perasan...tapi memang betuuuul). 


Ok, until we meet again. Babai.