Advertisement

Showing posts with label Resepi - Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Resepi - Kuih Muih. Show all posts

15 November 2012


Ini salah satu kegemaran saya jika dok memikir nak masak kuih muih apa untuk anak-anak. Sebabnya mudah untuk disediakan. Blend ajer semua dalam blender, pas tu biarkan aje ia masak kat dalam oven. Cepat, mudah dan yang penting anak-anak suka...(sukelerrr..sebab manis)

Bahan-bahan
  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan gula (boleh dikurangkan)
  3. 1 cawan santan
  4. 1 cawan susu sejat
  5. 3 biji telur
  6. Sedikit pewarna hijau (boleh guna warna lain kut2 teringin ler)
  7. Bijan untuk ditaburkan di atas adunan
  8. 1/2 cawan air pandan (jika tambah ini, tambah sedikit tepung gandum dalam 1/2 cawan)
Cara-caranya
  1. Semua bahan di atas (kecuali bijan) disatukan dan diblender sehingga sebati
  2. Tapis dan tuang di dalam loyang (pastikan loyang yelah disapukan dengan sedikit minyak
  3. Taburkan bijan di atas adunan
  4. Bakar di dalam oven selama 45min-1 jam atau sehingga masak
  5. Bila dah sejuk baru potong.
Tips; Tambahkan sedikit masa untuk dapatkan permukaan yang berkerak



Ok, selamat mencuba

Until we meet again

Babai.

APAM PISANG KUKUS MESRA CHEF

Apam pisang kukus nie senang sahaja untuk disediakan dan bahan-bahannya juga mudah untuk diperolehi di mana sahaja. Resepi ini dikongsi oleh ahli group FB SRIKANDI DIBUMI SAKURA. Dah lamaaa dah salin tetapi baru2 nie aje nak senseng tangan mencuba. Kali pertama cuba .......M. A. S. I. N...wkakakakakaka.....tapi telan le juga...nasib buat satu bekas aje...kali kedua....walllaaaa...yummy...lazat berkrim disukai anak2...hahahahah....sape lagi nak puji kan..diri sendiri la....;)
Bahan-bahannya
1.1 cawan pisang yang dilenyek lumat (kali kedua buat tak ikut dah..letak lebih)
2.Gula satu cawan (saya buat 3/4 cawan dah cukup manis)
3.Susu sejat 1 cawan
4.Tepung 2 cawan
5.Soda bikarbonat....dalam 1/4 sudu besar saya guna
6.Garam (haaaa, yang nie kali kedua saya tak letak..ikut saranan 1-2 sudu kecil)
7.Kismis (yang ini juga saya tidak letak)
Cara-caranya
1.Campurkan semua bahan di atas dan gaul sebati. Tiada petua sape nak masuk dulu.
2.Perap selama 2 jam.
3.Kemudian kukus selama 45min-1 jam atau sehingga keperangan.
4.Siap dan boleh dimakan ketika sejuk.
Mudahkan dan tidak mengganggu kerja seharian kita. Masa dok perap ngan kukus tu, boleh layan telenovela, lipat baju, jemur kain dan macam2 lagi. Relaks je masak apam pisang kukus nie. Nota: Jangan lupa ya untuk guna saiz cawan yang sama untuk semua sukatan :) Ok until we meet again. Nak prepare mix design lagi.... Babai

28 July 2012

SWEET SYRUP JELLY

Ingat lagi tak kat mana kita selalu jumpa agar-agar sirap nie.....?  Jika dulu-dulu jika datang ke kenduri kawin mesti ada dihidangkan.  Sekarang  agak sukar nak jumpa agar-agar nie kat majlis kenduri kawin (susah le nak jumpa sebab dah jarang p kenduri kawin...hehehe).  Tapi memang ya la...rasanya agar-agar nie agak kurang glamer dah sekarang nie sejak kehadiran nama-nama baru di arena agar-agar yang lebih menakjubkan seperti "fruitti pudding', 'bread puding', 'rainbow puding' dan yang paling brutal ' burnt sugar puding'...hehehehe.  Walauapapun, saya rasa agar-agar sirap ni ada value dia tersendiri.

Saya pernah mencari resepi membuat agar-agar ini tetapi tersilap kata kunci.  Selalu type 'puding' kat search button, memang tak pernah jumpa.  Baru-baru ini je teringat perkataan agar-agar sirap.

yang akhirnya....saya bertemu dengan ini 
http://sue-hasue.blogspot.jp/2011/03/resepi-agar-agar-sirap.html
yang membawa saya kepada perkataan yang dah laaamaaaa saya tak dengar iaitu LENGKONG.

Mula-mula buat tidak menjadi sebab tak mengeras (first attempt masa nak hantar abang pergi aktiviti masjid sempena Ramadhan).  Saya panaskan semula agar-agar dan tambah agar-agar stripe. Mmm....lama juga ia nak mengeras, balik dari memetik blueberry di Kurume barulah ia menjadi.  TETAPI.......dari awal hingga akhir, saya sorang aje yang menghabiskannya....huhu, nasib buat sikit aje.  Tiada sambutan dari Haziq mahupun Hazim...hmmmm...selera era puding. 

Oklah, saya share resepi yang dicuba di sini.  Credit tu sue-hasue.blogspot.jp

Bahan-bahan
  • 1/2 bungkus agar-agar stripe (direndam lebih kurang sejam dalam air terlebih dahulu, tapi saya rendam je tak ikut masa...hehehe, rendam, bila dah free masa tu baru masak)
  • 3/4 cawan gula kasar
  • 800-1000 ml air
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)
  • beberapa titik sirap ros (saya guna kordial ros Malaysia made yang sudah siap manis, jadi kena kurangkan gula di atas ya).

Cara-caranya
  1. Panaskan agar-agar stripe dengan air.
  2. Bila dah agak-agak mendidih, masukkan gula, daun pandan dan sirap ros.
  3. Ok tunggu sehingga ia masak (mmmm, tengok stripe tu dah elok cair kira ok dah la tu)
  4. Tutup api, masukkan ke dalam bekas acuan, dan tunggu sehingga ia sejuk
  5. Akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk.
Simple kan....

Selamat mencuba.

Until we meet again, babai.



10 July 2012

IT IS NOT A DONUTS....


Saje je bagi extra large gambar nie.....hehehehe, untuk kepuasan sendiri sebenarnya. Rasa nak cekau je kat gambar ni tengok gula keemasan tu...perrrghhh, mengusik selera (tapi malas nak buat dah sejak akhir-akhir nie)...macam biasa saya mula buat KUIH KERIA nie di.........hehehe...a ah! you are right!! Nampak nau dulu malas nak masak.  Bukan malas, tapi kemudahan semua dah ada, tunjuk aje..ngeeeeeee. Pernah juga nak cuba kuih muih nie masa di tanahair dulu, tapi entah kenapa, selalu tak menjadi. Kek pun ehem ehem...segan lak nak cerita....mungkin di sini kemudahan itu telah ditarik balik, daya usaha nak buat itu ada. Alhamdulillah. Satu hikmah juga datang ke sini. 

Jika tidak silap ini gambar first attempt saya.  Ada kisahnya juga.....mula-mula saya buat hidangan ini apabila Haziq dan Hazim bawa balik satu plastik besar keledek dari hoikuen (nursery).  Masa tu mereka di Shirohato Hoikuen di Itoshima sebelum berpindah ke Shirohama Hoikuen di Higashi-ku. Banyak aktiviti sepanjang mereka berada di Shirohato Hoikuen.  Salah satunya ialah menanam keledek. Jika tidak silap saya mereka menanam keledak masa musim panas bulan 7 tahun lepas (2011) dan menuai hasil apabila musim hendak bertukar ke musim luruh. Banyak juga di bawa balik keledknya...yelah, hasil dari dua orang.  Ada gambar-gambarnya untuk kenangan tetapi dalam bentuk hardcopy.

Resepi kegemaran yang ingin saya kongsikan di sini ialah KUIH KERIA.  Sebab manis, Haziq dan Hazim memang suka kuih ni. Mmmmm, rasa nak buat la pula hujung minggu ni. Insya-Allah

Bahan-bahan (diubahsuai dari resepi Wan Norizan Hj Abdul Hamid)
  • Keledek ( dibuang kulit, rebus dan dilecek)- mmm, dalam 2-3 biji keledek yang besar
  • Setengah cawan air
  • 5 sudu makan gula pasir
  • Tepung gandum secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng
 Cara-caranya
  1. Masukkan keledek lecek ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli
  2. Ambil sedikit adunan, golek memanjang dan satukan di hujungnya menjadi seperti bulatan berlubang tengah
  3. Panaskan minyak dalam kuali
  4. Goreng adunan (2) sehingga keemasan. Keluarkan
  5. Dalam kuali yang lain, masak gula bersama air hingga likat.  Masukkan kuih (4) dan gaul perlahan dengan api perlahan sehingga gula menjadi serbuk putih. 
  6. Padamkan api.
  7. Sedia untuk hidangan.
Tips,
  • Adunan pada langkah 1, jangan terlalu lembut atau terlalu keras.  Jika lembut, masa gaul dengan air gula likat ia akan pecah. Jika terlalu keras, kuih akan keras di akhirnya.
Selamat mencuba.

Until we meet again, babai.



MELAKA IN FUKUOKA

KUIH BUAH MELAKA!!!Saya rasa semuaaaa orang suka akannya (hehehe, bahasa buku). Ingat lagi, masa muda2 dulu time sekolah selalu kawan cakap saya suka guna bahasa buku..entahlah, macam biasa aje rasanya cakap hari-hari...(pssstttt....sebab nie le juga mengakibatkan keperasanan nak jadi pembaca berita...hahahahahaha).  At least angan-angan tu ada tau. Termakbul juga sipi-sipi masa jadi DJ kat sekolah dulu. (tapi jadi DJ sekejap aje..sebab aspura jeles aspuri ada DJ bahasa buku ni...hahahhaa, jangan mare ya kawan-kawan STTJ, gurau senda di hari penghujung usia belia ini). 
First time buat hidangan nie masa kat sini le..(semua bermula di sinikan...masak tu masak ni semua di sini, makanya semua post saya pasal makanan lepas nie, ketahuilah bahawa ia bermula dari sini...'MULANYA DI SINI'....tetiba teringat lagu kumpulan Freedom..ingat lagi?).

Anak-anak saya gemarkan kuih buah melaka nie. Mungkin sebab manis. Penyediaannya juga mudah dan menjimatkan masa berbanding nak buat kuih lain (menurut pendapat saya) Tapi apa2 pun tak boleh menandingi kecepatan masa membuat  popia pisang rangup.

Di sini saya ingin kongsikan salah satu hidangan kegemaran anak-anak saya.  Tapi jika tinggal di nihon ini, saya pesan tepung pulut dari Malaysia sebab tak tahu nak cari kat sini.  Mungkin tepung mochi boleh digunakan. Nak cuba juga satu hari nanti.

Bahan-bahan
  • 1 bungkus tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum (sesetengah orang tidak letak tepung gandum)
  • 1 sudu garam
  • 1/2 sudu teh pewarna hijau
  • 2 helai daun pandan (saya tak pernah letak)
  • Air secukupnya
  • Gula melaka
  • 1 biji kelapa parut (di nihon guna kelapa parut kering sahaja yang dikisar halus)
Cara-caranya
  1. Campurkan kesemua tepung dengan air, pewarna dan garam sehingga menjad dih
  2. Gentelkan doh sebesar biji guli dan isikan gula melaka di tengah-tengahnya, bentukkan bebola
  3. Jerang air dalam periuk dan letak daun pandan 
  4. Masukkan bebola doh tadi ke dalam periuk jerangan air yang mendidih.  Bebola akan timbul apabila masak.
  5. Angkat dan salutkan dengan kelapa parut
Tips,
  • Doh jangan terlalu lembik. Pastikan ia tidak melekat di tangan atau bekas uli dan mudah untuk dibentuk bebola. 

Selamat mencuba

Till we meet again, babai

4 July 2012

CRISPY BANANA POPIA RECEPIES

Alhamdulillah, hari nie boleh relaks sikit dan berkesempatan menjenguk blog yang terbiar sepi je nie...La nie pun mata dok kecik aje...mengantuk sangat, penat dan sebagainya. Banyak lagi kerja di lab tapi, bagi badan rehat dulu.  Kesian, asyik bekerja di lab sahaja sejak 1-2 minggu ini sehingga sekarang.  Ahad lepas juga masuk lab potong specimen (1 specimen nak 2 jam settle...waaaa...lenguh tangan, badan dan segala2nyalah)...balik malam. Isnin pula ke Hiroshima menghadiri Simposium JCI-KCI dan TCI dan sepatutnya perlu berada di sana sehingga Jumaat ini untuk Conferencenya pula tetapi nasib baik SV yang baik hati bagi chance untuk balik hari Isnin itu juga. Selasa semalamnya pula, masuk lab lagi sekali settlekan sample yang tak habis2 lagi potong hari Ahad tu.  Habis jari-jemari kita yang runcing kecut asyik berendam dalam air berjam-jam lamanya(haaaaa.......orang tak nampak, bolehlah ckp runcing..ok, runcing dari sudut definisi kita ler...hahahahaha)...Ingat tak, orang dulu2 selalu cakap, perempuan berjari runcing ini, mak mertua sayang...mmmm....betul ke?
 
 
Ok, kembali kepada topik, semalam usahakan juga untuk settlekan semua dan prepare dokumen untuk tunjukkan kepada SV result...wahhhh....keluar aje dari bilik SV, senyummmmmmmmmmmmm ajeeeeeeeeeeeee......ngeeeeeeeee. Memanglah ditambah lagi kerja...tapi

I AM SOOOOOOOO HAPPYYYYYY!!

Lalalalala....terbayang-bayang dah nie gulai lemak pucuk ubi, nasi lemak beralaskan daun pisang, KayEppChi, pisang goreng gerai tepi jalan, ABC, ketupat, rendang...lalalalalalal (angan2 je dulu, permission tak mintak lagi pun...tapi memang gembira la lepas jumpa SV semalam...ehem ehem...alhamdulillah).

Di hari dan pagi yang mulia ini saya ingin menyelitkan resepi paling ringkas yang telah disediakan for the kiddos a few days ago...DAM DAM DUM BUNYI MERCUN...lalalalala

CRISPY BANANA POPIA RECEPIES
adopted from my Srikandi Bumi Sakura FB Group

Bahan-bahan
  • Kulit Popia (kat Nihon boleh beli online di Batricom)
  • Pisang yang telah masak ranum dan manis
  • Ok itu aje....hehe
Cara-caranya
  1. Lenyek pisang
  2. Letak di atas lapisan kulit popia 1-2 sudu pisang yang telah dilenyek (bergantung kepada saiz popia pisang yang dikehendaki
  3. Lipat-lipat kulit popia tersebut (jika nak lekatkan letak air pun ok, tapi saya tak letak apa-apa pun, masih elok terbentuk popia itu)
  4. Sedia untuk digoreng.

Tips
  • Sangat enak untuk hidangan buat anak-anak, ranggup diluar dan manis di dalam tetapi masa panas kena berhati-hati, macam kita makan apple pie yang panas tu....apple kat dalam tu kena tiup-tiup dulu. Tapi Hazim sangat suka masa popia nie sejuk, memang banyak dia makan.

Ok, selamat mencuba

Until we meet again, babai



16 June 2012

ORANGE CAKE RECEPIES.

A. RESEPI KEK OREN

Bahan-bahan
  • 4 cawan tepung
  • 8 biji telur
  • 2 cawan gula kasar
  • 2 cawan marjerin (dipukul sehingga lembut)
  • 2 sudu besar susu segar
  • 4 sudu besar sunquick oren
Cara-caranya
  1. Pukul telur sehingga berbuih
  2. Masukkan gula dan pukul/putar sehingga sebati dan putih
  3. Masukkan marjerin dan putar sehingga sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit
  5. Masukkan susu dan sunquick, putar sebati
  6. Tuang dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak
  7. Tutup loyang dengan aluminium foil
  8. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu
  9. Selepas 20-30 min masak, tanggalkan aluminium foil dan teruskan sehingga kek betul-betul masak bergantung kepada oven/microwave. 
Tips
  • Gabungan tepung = 1 cawan tepung gandum dan 3 cawan tepung kek. Jika hendak lebih padat tesktur kek, kurangkan tepung kek dan lebihkan tepung gandum. Contohnya 2TG:2K atau 3TG:1TK atau jika nak semua tepung gandum pun tiada masalah
  • Pastikan saiz cawan yang sama digunakan untuk ukuran setiap bahan.
  • Jika hendak buat sedikit sahaja, bahagi dua semua di atas.
  • Mungkin boelh dimasukkan hirisan kulit oren jika hendak lebih sedap. Saya pernah dengar cara ini tapi tak pernah cuba


B.  CREAM CHEESE FROSTING (thanks to idaddapur.blogspot.jp)

Bahan-bahan
  • 400 gm cheese Philiiadelphia
  • 1 cawan gula halus. 
  • 400 ls whipping cream (cuba cari non-dairy)
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/4 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 biji lemon....diperah airnya. (jangan besar sangat nanti masam macam kek saya)
Cara-caranya
  1. Biarkan cream cheese lembut pada suhu bilik selama 2-3 jam
  2. Pukul cream cheese + gula sehingga sebati, tambah whipping cream serta bahan-bahan lain sehingga sebati dan pekat
  3. Ok dah siap, dah boleh hias atas kek (masa kek dah sejuk tau) dan disetiap lapisan kek jika hendak. Jika nak letak disetiap lapisan, kek boleh dipotoing dua secara melintang semasa kek sejuk. Jika nak bewarna boleh letak pewarna.

SELAMAT MENCUBA

Until we meet again. Babai.