Advertisement

Showing posts with label Resepi - Ayam. Show all posts
Showing posts with label Resepi - Ayam. Show all posts

15 November 2012

CRUNCHY HOMEMADE CHICKEN NUGGET



Teringin nak cuba buat nugget sendiri lepas merasa nugget air tangan kawan masa majlis harijadi anaknya. Resepi di ubahsuai dari blog masakan glamer http://www.jintanmanis.com/ayam/509-homemadechickennugget. Kredit to jintan manis. Bahan-bahan A
  • 1 kg daging ayam kisar
  • 400 g taufu lembut (dilenyek hancur dan dibiarkan seketika di dalam tapisan untuk mengeluarkan air
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam (jangan banyak sangat nanti pedas)
  • Serbuk kulit kayu manis
  • Serbuk roti (saya guna hampir 400g, jika adunan lembut, tambahkan lagi serbuk roti, tetapi saya biarkan sahaja adunan dalam keadaan lembut)
Bahan - bahan B (coating)
  • Serbuk roti (warna putih pun ok)*
  • Telur yang dipukul sebati dengan garpu*
Cara-caranya
  1. Campurkan semua bahan A sehingga sebati.
  2. Kemudian, adunan boleh dibentuk mengikut bentuk kegemaran masing-masing. Saya beli betuk `heart` di kedai 100yen (kat Malaysia macam kedai 2 ringgit tu).
  3. Oleh kerana adunan saya sedikit lembut, agak sukar untuk membentuknya..di sini saya ajar cara mudah untuk membentuknya.
  4. Ambil sedikit bahagian adunan dan bentukkan lebih kurang bebola, golekkan ala kadar di atas serbuk roti untuk coating, kepal2 sedikit dan baru masukkan kedalam acuan `heart`. Keluarkan adunan berbentuk heart ini, dan lakukan proses coating dengan sempurna.
  5. Untuk coating, celupkan permukaan adunan `heart` dengan telur yang telah dipukul sebati dan kemudian salutkan permukaan ini dengan serbuk roti.
  6. Susun di dalam bekas untuk simpanan. (1kg ini cukup untuk bekalan seminggu- digoreng 8 ketul sehari)

Abang Haziq ngan Angah Hazim mula-mula tu makan dengan bersungguh2 sebab dah hampir setahun tak jumpa. Balik kampung hari tu pun tak beli. Tapi masuk hari ketiga, masing-masing dah eksyen tak mau..(apa taknyer, setiap hari ibu goreng untuk bento...hahahahaha). Ok, lepas nie ibu selang-selangkan supaya tak jemu. Tapi memang sedap resepi dari jintanmanis ini. Cubalah. Oklah, lagi setengah jam nak p lab semula nak teruskan ujian yang telah direndam 2 jam sebelum ini.
Until we meet again
Babai.

31 July 2012

SWEET BLACK CHICKEN WITH TOMATO PUREE

Ayam masak hitam tomato















Sedap! Itu first impression masa Iftar hari Ahad yang lepas di Masjid Fukuoka.  Kali ini giliran komuniti Malaysia menyediakan juadah bebuka dan menu utama ialah nasi minyak Terengganu, ayam masak hitam tomato dan acar mentah.  Resepinya sudah tentu dari Ida.  Jom jenguk dapur Ida.  Tahun ini berbeza dari tahun lepas di mana tugasan diberi sama rata kepada semua, pihak lelaki masak nasi minyak dan acar mentah, pihak perempuan pula dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ayam masak hitam tomato dan kumpulan kuih bakar yang sangat sedap. Adik-adik bujang pula bertungkus lumus merebus 400 biji telur.  Tapi dari pengamatan saya, Ida le orang paling sibuk sekali sebab hampir semua akan rujuk kepada beliau, selaku chef utama kami.   Ok , tak nak cakap banyak, jom tengok resepinya yang diubahsuai sedikit dari resepi Ida. Thanks idaddapur.blogspot.com.jp

Bahan-bahan
  • 1.5kg ayam (dibersihkan, dipotong dan digoreng menggunakan garam dan kunyit)
  • 2 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*                      * dikisar halus
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*                             
  • 2 sudu besar cili kering kisar (jika tak nak pedas kurang, dan sebaliknya)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan tomato puree + 3sudu besar sos tomato
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat nipis**
  • 6 helai daun limau purut dihiris halus**
  • 2 biji tomato segar (dipotong dadu)**
Bahan menumis
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 inci hali dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus
 Cara-caranya
  1.  Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumis bahan menumis sehingga naik bau
  3. Masukkan bahan kisar dan gaul rata dengan minyak, biar seketika sehingga naik bau
  4. Masukkan cili kering kisar di satu sudut kuali
  5. Masukkan sos tiram di satu sudut lain kuali.
  6. Biar seketika dalam 1-2 minit, kemudian gaul rata dan masukkan tomato puree, sos tomato, kicap pekat, lada putih dan garam secukup raya. 
  7. Biarkan ia masak seketika sambil menikmati keenakan bau di dapur anda...hehe
  8. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata.
  9. Masukkan bahan-bahan bertanda ** , gaul rata dan biarkan ia masak seketika
  10. Ok, dah siap.

Tips,
  • Jika hendak kuah, boleh ditambah air ke dalam masakan. Adjust kepekatan mengikut selesa. Tetapi saya lebihkan tomato puree untuk kuah dan hanya sedikit air. Baru pekat.
Resepi ini simple, untuk resepi sebenarnya dengan bahan-bahan yang lebih membangkitkan rasa, boleh jenguk-jenguk blog Ida di sini.

Ok, selamat mencuba

Until we meet again, babai.

18 June 2012

THE RED RIDING TOMATO RICE WITH KASIH CHILL FRIED CHICKEN





Saya amat gemar menu nasi tomato lebih-lebih lagi jika digandingkan dengan ayam goreng masak merah. Perghhh..menangkap. Masakan saya tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan chef-chef blogger yang otai. Sekadar hendak berkongsi rutin masakan harian saya sekeluarga.


A. Nasi Tomato

Bahan-bahan
  • Beras (tak kisah beras biasa atau beras basmathi - 3-4 pot) 
  • Bunga lawang (4-5 biji)*
  • Bunga Cengkih (4-5 biji)*
  • Cinnamon (1 batang)*
  • Bawang besar (1/4) dikisar/tumbuk bersama halia (sebesar ibu jari pun ok atau lebih kecil)*
  • Mentega (1-2 sudu besar)
  • Susu sejat (setengah tin, tapi kadang-kadang saya masukkan aje setin, the more the merrier, hehe)
  • Tomato (1-2 biji di potong dadu)
  • Sos tomato (untuk warna merah nasi tu)
  • Garam secukup rasa (selalu saya bagi nasi terasa garam sebab anak-anak suka makan macam tu aje)

Cara-caranya
  1. Basuh beras dalam periuk nasi dan toskan
  2. Panaskan mentega sehingga cair di dalam kuali.
  3. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau
  4. Masukkan tomato, sos tomato dan garam (masak dalam 2-3 minit).
  5. Kemudian masukkan panas-panas ke dalam periuk nasi.
  6. Masukkan susu sejat (kadang-kadang sos tomato dan garam saya letak masa ini)
  7. Letak air sehingga sukatan masakan beras.
  8. Sudah tersedia untuk dimasak. (masa tengah masak ini, nanti dapur berbau harum jeeee...)
B. Ayam masak merah

    Bahan-bahan
  • Ayam (setengah ekor dan dipotong kepada beberapa bahagian, GORENG)
  • Bawang besar (setengah biji, jika bawang besar tu kecil, guna terus satu biji)*
  • Halia (besar ibu jari atau lebih sikit ok aje)*
  • Minyak untuk menumis
  • Sos tiram
  • Sos cili jika suka (tak ada pun ok sebab saya pun selalu kehabisan stok, ngeeee)
  • Cili kering (direbus dan dikisar)
  • Tomato (potong ikut kesukaan)
  • Garam secukup rasa
  • Bunga lawang dan cinnamon (tiada pun tak apa sebab saya selalu lupa nak letak sebab nak cepat)
  • Air

 Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan bertanda * yang telah dikisar halus terlebih dahulu. Jika nak guna bunga lawang dan cinnamon, tumis ini dulu baharu tumis bahan kisar sehingga naik bau...jangan sampai hangus ya...so, perlahankan api. 
  2. Masukkan cili kisar 2-3 sudu besar (ikut kepedasan). Letak pada satu bahagian kuali.
  3. Masukkan sos tiram di sudut lain kuali pula. Mmmm..macamana nak cakap ya..sebab saya main letak je...dalam 2-3 sudu besar kut. Ikut nisbah cili tu..jangan lebh dari kuantiti cili kisar.
  4. Masukkan sos cili di satu bahagian lain kuali pula (2-3 sudu)
  5. Biarkan seketika ia masak 1-2 minit kemudian kacau dengan senduk.
  6. Garam secukup rasa.
  7. Masukkan ayam.  Gaulkan dan biarkan ia sebati.
  8. Tambah air (sikit atau banyak terpulang kepekatan yang dikehendaki)
  9. Tutup api dan masukkan tomato.
    Tips
    • Jangan lupa masukkan sedikit minyak ketika blender cili kering supaya tekstur blend chilli lebih halus dan `bercahaya`.
    • Jika hendak asingkan dengan makanan anak-anak yang tidak sesuai dengan pedas, gantikan cili kering dan cili sos dengan sos tomato sahaja. Cara masak yang sama. Tabur sahaja atas ayam goreng yang telah diasingkan.
    • Jika nak tumis bawang potong kasar bersama bahan blender pun ok. Yang penting mesti ada halia.
Ok, until we meet again. Babai.