Advertisement

Showing posts with label Resepi - Mee dan Meehun. Show all posts
Showing posts with label Resepi - Mee dan Meehun. Show all posts

16 July 2012

FUKUOKA aka SINGAPORE BIHUN

Pagi semalam, asalnya nak masak spagetti sebab abang haziq dah request.  Siap dah letak daging cincang beku kat luar peti ais selepas Subuh semalam untuk dinyahbekukan. 

Sambil membongkok-bongkok mencari kat dalam drawer simpanan makanan..." Alaaaaaa, spagetti dah tak ada...dah abis"....mmm, terpandang bihun Jasmin terus ubah plan A ke plan B.  Nasib baik ibu dah keluarkan ayam Subuh tu untuk dikawankan dengan nasi tomato (nie menu tengahari semalam).

Makanya, pagi semalam ibu masak bihun singapore, nasi tomato (masak siap2 pagi tu) dan agar-agar sirap (niatnya nak jamu anak-anak di masjid semalam, tapi tak kesampaian sebab agar-agar lambat mengeras).

Abang Haziq dan Angah Hazim suka bihun Singapore ni. Ok, I let me share this simple menu.

Bahan-bahan
  • Satu bungkus bihun (saya guna jenama Jasmin, sbb dah itu yang dipos oleh adik kat KL)-direndam sehingga lembut
  • Ayam yang dicincang dadu 
  • Carrot yang dipotong pendek memanjang, sayur campur beku (mmmm...yang selalu letak dalam nasi goreng tu) 
  • 6-7 ulas bawang putih (jika besar dalam 4 ulas pun dah cukup)- dikisar dengan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak
Cara-caranya
  1. Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan)
  2. Masukkan bawang putih kisar. Tambah air sikit agak sesuai dengan minyak
  3. Masukkan ayam, dan  lobak merah dan sayur beku. Biarkan masak seketika dan naik bau.
  4. Masukkan garam. 
  5. Masukkan bihun.
  6. Apabila bihun telah lembut dan sebati dengan semua bahan dalam kuali dan sedap mata memandang. Bolehlah ditutup api.
Tips,
  • Jika hendak pedas, boleh dimasukkan lada hitam samada yang siap sebuk atau lada hitam yang ditumbuk halus.
  • Sekiranya menggunakan daging, biarkan ia lembut dalam kuali, jika air bekurangan boleh tambah.
  • Air jangan terlalu kurang nanti bihun kurang sekata rasanya. Air juga jangan banyak sangat, nanti hilang rasa bawang kisarnya.
  • Ada sesetengah orang menambah cuka dalam masakan ini, terpulang kepada masing-masing. Tetapi saya tidak pernah menggunakan cuka dalam masakan saya. (maksudnya tak pandai guna la tu, ekekeke).
Ok selamat mencuba this simple resepi..Yang penting masak dengan penuh kasih sayang. Insya-Allah, sedap.

Till we meet again. Babai