Advertisement

Showing posts with label Resepi - Ala Barat. Show all posts
Showing posts with label Resepi - Ala Barat. Show all posts

28 July 2012

PIZZA EXTRA CHEESE PLEASEE!!


One of Haziq's and Hazim's feveret,
(Resepi diubahsuai dari Wan Norizan Hj Abdul Hamid)

A.   Topping

Bahan-bahan
  • daging kisar (kat Malaysia Ramlee Burger ada)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 biji lada benggala kecik (dipotong dadu)-tak kisah merah atau kuning
  • 2-4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 keping nenas (saya tidak pernah guna, terpulang kepada selera masing-masing)
  • 1 cawan cendawan butang (potong kecil-kecil)
  • keju mozzarella parut (saya pakai Phillidelphia)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 cawan tomato puri (saya tak pernah guna, terpulang kepada selera masing-masing.  Jika tidak menggunakan tamoto puri, lebihkan sos tomato di atas.)
  • 1 sudu teh serbuk daun oregano
  • garam secukup rasa
Cara-caranya
  1. Tumis bawang putih dengan minyak masak sehingga naik bau
  2. Masukkan daging kisar, biar agak masak dan kering sedikit, baru masukkan sos tomato, garam secukup rasa dan daun oregano.  Kacau rata (masukkan separuh tomato puri  pada peringkat ini, jika digunakan).
  3. Masak sehingga agak pekat dan kering.
B.  Doh
Bahan-bahan
  • 500g tepung gandum*
  • 11g yis segera* 
  • 1 sudu teh gula*
  • 1 sudu teh garam*
  • 1 sudu makan merjerin
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan minyak
     * digaul rata

Cara-caranya
  1. Gaul rata semua bahan kering termasuk marjerin sehingga rata, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Tutup dengan kain lembap dan biarkan ia naik 2 kali ganda
  3. Selepas itu, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bahagikan kepada beberapa ketulan
  4. Leperkan bahagian ketulan di atas bekas adunan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Ataupun di atas dulang pembakar, buat bulat2 kecil dan leperkan.
  5. Panaskan ketuhar
  6. Bakar doh dalam ketuhar selama 10 minit
  7. Keluarkan dan ratakan daging yang telah dimasak di atas adunan.
  8. Taburkan tomato dadu, (jika guna tomato puri, baki tomato puri boleh diletakkan ketika ini), bawang, cili benggala, nenas jika digunakan, keju parut, cendawan butang.
  9. Bakar sehingga keju cair sepenuhnya.
  10. Ok dah siap. Makan panas-panas sangat menyelerakan.  

Tips,
  • Bahan yang paling utama ialah daun oregano, tiada nie, pizza tiada rasa pizza.  Selalunya saya lebihkan oregano...letak ikut citarasa
  • Topping boleh dipelbagaikan, jika hendak guna makanan laut pun boleh bukan daging aje.  Boleh juga diletakkan mayonese dan sos tomato lagi sekali untuk 'up' kan kolestrol....hehe, mcm ai buat la.
  • Kadang-kadang jika nak cepat mcm bulan puasa ni, doh saya tak buat langkah 6, terus taburkan bahan setelah leperkan doh atas dulang pembakar. 
  • Asas doh jangan tebal sebab nanti tak sedap dan susah nak nganga mulut luas2 (kan topping 2 inci...hehe), dan jangan terlalu nipis sebab nanti tak mampu nak menanggung beban topping berketebalan 2 inci itu.....ngeeee
  • Apabila telah masak dan sedikit sejuk boleh dimasukkan ke dalam bekas berpenutup untuk mengelakkan pizza menjadi keras. Boleh simpan dalam peti ais, esok panaskan semula dalam oven. 
Ok, selamat mencuba

Till we meet again, babai.