Advertisement

18 June 2012

THE RED RIDING TOMATO RICE WITH KASIH CHILL FRIED CHICKEN





Saya amat gemar menu nasi tomato lebih-lebih lagi jika digandingkan dengan ayam goreng masak merah. Perghhh..menangkap. Masakan saya tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan chef-chef blogger yang otai. Sekadar hendak berkongsi rutin masakan harian saya sekeluarga.


A. Nasi Tomato

Bahan-bahan
  • Beras (tak kisah beras biasa atau beras basmathi - 3-4 pot) 
  • Bunga lawang (4-5 biji)*
  • Bunga Cengkih (4-5 biji)*
  • Cinnamon (1 batang)*
  • Bawang besar (1/4) dikisar/tumbuk bersama halia (sebesar ibu jari pun ok atau lebih kecil)*
  • Mentega (1-2 sudu besar)
  • Susu sejat (setengah tin, tapi kadang-kadang saya masukkan aje setin, the more the merrier, hehe)
  • Tomato (1-2 biji di potong dadu)
  • Sos tomato (untuk warna merah nasi tu)
  • Garam secukup rasa (selalu saya bagi nasi terasa garam sebab anak-anak suka makan macam tu aje)

Cara-caranya
  1. Basuh beras dalam periuk nasi dan toskan
  2. Panaskan mentega sehingga cair di dalam kuali.
  3. Tumis bahan bertanda * sehingga naik bau
  4. Masukkan tomato, sos tomato dan garam (masak dalam 2-3 minit).
  5. Kemudian masukkan panas-panas ke dalam periuk nasi.
  6. Masukkan susu sejat (kadang-kadang sos tomato dan garam saya letak masa ini)
  7. Letak air sehingga sukatan masakan beras.
  8. Sudah tersedia untuk dimasak. (masa tengah masak ini, nanti dapur berbau harum jeeee...)
B. Ayam masak merah

    Bahan-bahan
  • Ayam (setengah ekor dan dipotong kepada beberapa bahagian, GORENG)
  • Bawang besar (setengah biji, jika bawang besar tu kecil, guna terus satu biji)*
  • Halia (besar ibu jari atau lebih sikit ok aje)*
  • Minyak untuk menumis
  • Sos tiram
  • Sos cili jika suka (tak ada pun ok sebab saya pun selalu kehabisan stok, ngeeee)
  • Cili kering (direbus dan dikisar)
  • Tomato (potong ikut kesukaan)
  • Garam secukup rasa
  • Bunga lawang dan cinnamon (tiada pun tak apa sebab saya selalu lupa nak letak sebab nak cepat)
  • Air

 Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan bertanda * yang telah dikisar halus terlebih dahulu. Jika nak guna bunga lawang dan cinnamon, tumis ini dulu baharu tumis bahan kisar sehingga naik bau...jangan sampai hangus ya...so, perlahankan api. 
  2. Masukkan cili kisar 2-3 sudu besar (ikut kepedasan). Letak pada satu bahagian kuali.
  3. Masukkan sos tiram di sudut lain kuali pula. Mmmm..macamana nak cakap ya..sebab saya main letak je...dalam 2-3 sudu besar kut. Ikut nisbah cili tu..jangan lebh dari kuantiti cili kisar.
  4. Masukkan sos cili di satu bahagian lain kuali pula (2-3 sudu)
  5. Biarkan seketika ia masak 1-2 minit kemudian kacau dengan senduk.
  6. Garam secukup rasa.
  7. Masukkan ayam.  Gaulkan dan biarkan ia sebati.
  8. Tambah air (sikit atau banyak terpulang kepekatan yang dikehendaki)
  9. Tutup api dan masukkan tomato.
    Tips
    • Jangan lupa masukkan sedikit minyak ketika blender cili kering supaya tekstur blend chilli lebih halus dan `bercahaya`.
    • Jika hendak asingkan dengan makanan anak-anak yang tidak sesuai dengan pedas, gantikan cili kering dan cili sos dengan sos tomato sahaja. Cara masak yang sama. Tabur sahaja atas ayam goreng yang telah diasingkan.
    • Jika nak tumis bawang potong kasar bersama bahan blender pun ok. Yang penting mesti ada halia.
Ok, until we meet again. Babai.

No comments: