Advertisement

13 June 2012

A Story Behind The First Attempt....

Wallaaaa..percubaan pertama...mmm..kedua ikutkan tapi sebab dibuat pada hari dan ketika yang sama kira first timelah kan. What is your first impression seeing the white pink marbeles cake tu (kenalah puji banyak-banyak sebab homemade cake specially made for my lovely kids, hehehe). First attempt, tak menjadi outer layer tu, part yang paling meruntun jiwa ialah bahagian tepi. Jenuh nau tangan nie nak pusing-pusing. Rasa frustrated sangat, gambar kek macam dalam FB kita tu la.Tak menjadi sangat (frust kat decoration je...cake nya sedapppppppppp...ekekekekeke....motivation untuk diri sendiri) Entah tak tahu apa semangat yang masuk masa kat lab kelmarin. Teringin sangat nak buat kek. Nie mesti penangan gambar-gambar cupcake tiramisu Ida (idaddapur@blogspot.com). Sanggup tu pergi BOXTOWN (yang akhirnya bertemu dengan nenek comel...nie cerita lain dalam FB). Nak ke BOXTWON searah jalan ke rumah tapi ikut laluan yang jauh. Selalu naik bas 15 minit je dari Tenjinkita melalui highway ke rumah. Hari tu sanggup kita ke sana. Bus tiba di perhentian bus paling hampir dengan BOXTOWN tepat pukul 6.55 petang( Perlu jalan kaki 5 minit ke BOXTOWN). Semak jadual seterusnya ke rumah adalah 7.25 petang. Dalam hati, uih sempat ke....(nak seribu daya, tak nak..ok je, balikle apa susah). Apalagi, larilah (nasib baik mengamalkan pemakanan tambahan Halalgel...hahahahaa..iklan sekejap, tak la semput sangat). Terus ambil bakul, troli berlari-lari cari bahan yang tak pernah cari sebelum ini (almaklum first time nak buat cream nie). Ada ala ala gaya satu game kat Malaysia dulu. Dalam kedai tu boleh pilih apa sahaja dalam tempoh masa 5 minit jika tak silap. Cuma bezanya, kali nie TAK FREE okey. ;)zup zap zup zap....nasib baik sempat tiba kat bus stop 7.18 pm (jangan tak caya). Naik bas 7.25, sampai rumah terus sembahyang maghrib. So, tergamak ke nak rasa frust selepas disyaki ada `akachan` dalam perut...heehehee....tetiba teringat dialog ngan nenek comel kat bus stop on the way balik tu. Tak lah, bukan pasal tu sebenarnya, perasaan sayang yang mendalam pada anak-anak yang buat kita nak cuba lagi sekali topping cream tu atas cake. 12 tengahmalam baru selesai. Wallaaaa...akhirnya macam yang kat atas tulah hasilnya. Bagi kita sangat-sangat gembira sebab dapat buat sendiri. Cantik belakang kira janji sedappp, cuma sedikit masam cream tu, terlebih lemon kut. Insya-Allah, ada masa kita masukkan resepinya. Resepi cake dari mak dan cream cheese dari Ida idaddapur@blogsopt.com. Thanks.

No comments: