Advertisement

17 June 2012

It is a manga not mangga.




Oh my! Finally, I figure out how to compose in the blog yesterday....ekkeekekeke....me the 'IT blind'. Mana le tahu ada beza 'COMPOSE' ngan 'HTML' button, ghupe-ghupenya selama ni saya guna HTML. wakakakaka...berpeluh nak masukkan enter sign sebelum nie.

My topic for today is more on education. I got this nice manga from a friend and I think every one of lab member got it too. Mungkin la kut sebab tengok hampir ada kat semua meja. I only have a chance go through the Manga a few days after...sebab dah mati akal tak tahu nak wat apa dah...FB dah, membaca jauh sekali..heheheheeh. My first impression? VERY INTERESTING!!!

Masih ingat tak zaman remaja dulu-dulu (untuk kelahiran version 1970-an macam saya), komik-komik seperti Pendekar Laut (fuuhh, yang nie cukup edisi kami adik beradik kumpul,masa baca komik nie memang menghayati sungguh macam benar-benar wujud, hebat tak hebat pengaruhnya...nasib kami adik beradik menjadi orang juga akhirnya...wakakakaka), Wunan, sekarang ada Naruto, Doeramon, Ujang, Gempak dan lain-lain. Ok, sapa yang tak suka semua nie turun tangan. Sukeeeeee...sapa tak suka uiitt. Sampai la nie suka juga baca komik tapi menurut peredaran zaman lah, jika nak buka Pendekar Laut sekarang dah tak teruja macam zaman kurus melidi dulu (remaja). Jika wujud pun, dah tua dah Pendekar Laut tu, lebih baik saya cari Keluang Man.

Di Jepun, manga aka komik adalah kegilaan semua peringkat (jika saya silap sila betulkan). Dari kanak-kanak, remaja sehinggalah dewasa. Dan saya pernah terbaca di satu keratan akhbar masa di tanahair dulu, ahli politik Jepun juga terpaksa meminati manga dan mewar2kan mereka membaca manga untuk meraih sokongan. Hebat tak hebat pengaruh manga di sini. Tetapi manga yang hendak saya ketengahkan ini sangat-sangat POSITIF dan MENARIK. Cuba bayangkan duduk dalam kelas di Universiti belajar subjek `Concrete Material` atau ` Konsep Asas Elektrik` atau ` Pengenalan kepada Jalanraya` atau apa-apa subjek membaca. Cer ingat-ingat balik, isi kandungannya.... Isi kandungannya memang sangat berilmiah dan berguna TETAPI.....ada tetapinya....jika ditukar cara pendekatannya akan menjadi lebih menarik tertarik kau memang kebooommm!!!

Setelah melihat manga ini, saya membuat rumusan peribadi, tidak merumuskan secara keseluruhan sebab saya tidak pernah belajar di tahap undergraduate di sini, saya tidak mahir (nak kata tak tahu..tak boleh juga sebab sumimasen semua tu tahu...hehehehe) berbahasa Jepun dan pengamatan saya hanya berdasarkan kefahaman ilmu `kejuruteraan konkrit` saya yang sedikit ini. Contohnya nampak gambar itu ini tahulah dia cerita pasal apa...mana-mana tulisan hiragana dan katakan boleh bersua muka dengan Mr Google Translator adik kepada Mrs Google Image tu.

Manga yang saya perolehi ini adalah berkaitan dengan konkrit. Ia terbahagi kepada dua bahagian, satu bahagian yang sudah pastinya menarik iaitu lukisan-lukisan karakter kartun yang cool dan disertai dengan dialog bersahaja berkenaan konkrit dari cement, aggregate, chemical admixture dan seterusnya. Menarik bukan. Bahagian kedua, akan ada penerangan lebih lanjut berkenaan intipati yang dibincangkan oleh karakter-karakter ini. Sangat enjoyable pendekatannya. Manga konkrit yang saya dapat ini ada beberapa edisi. Mmmm..but I am not sure if they use it as main textbook in Uni. As extra guidance...yes, perhaps. It easy to understand concrete using this manga and the most important, student will not zzzZZZZZZZZZZZ......kroh kroh kroh.

Lepas tengok manga nie bersemangat nak buat benda yang sama balik nanti...hehehehehe..angan-angan je..buatnye entah kan ya entahkan tidak. Yang penting angan-angan tu ada....hahahahahahaha...

Ok, until we meet again. Babai.






No comments: