Advertisement

21 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak


Ramadhan kembali lagi dan merupakan yang kedua kali buat kami sekeluarga berpuasa di perantauan.  Seperti biasa kami akan bersahur pukul 2.30 pagi dan waktu berbuka di Fukuoka adalah dalam sekitar 7.30 malam.

Bulan Ramadhan adalah bulan ke sembilan dalam kalendar Islam selepas  Muharram, Safar, Rabiulawal dan Rabiulakhir, Jamadilawal dan Jamadilakhir, Rejab, Syaaban dan diikuti dengan bulan Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah selepasnya.Di bulan yang mulia ini, semua umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah puasa selama 29 atau 30 hari mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW. Rujukan sini.  (mmmmm...baca semula macam buat karangan sekolah rendah dulu-dulu le pula).

Saya tidak pasti dengan rakan-rakan sekalian, tetapi saya pernah mengutarakan soalan kenapa puasa tak cukup 30 hari? Hanya 29 hari? Perasan tak kadang-kadang puasa pada tahun tersebut hanya 29 hari.  Alhamdulillah, dengan izin-Nya,  Allah telah meminjamkan mata untuk saya melihat ayat dalam surah Al-Quran tentang berpuasa 29 hari ini.   Saya lupa surah mana tetapi Insya-Allah jika ketemu lagi saya akan update di sini.

Berbicara tentang puasa, tak banyak kenangan berpuasa masa kecil-kecil dulu untuk dikongsikan di sini, cuma yang terpahat dalam ingatan sehingga ke hari ini bagaimana Cikgu Khadijah (jika tidak silap namanya tetapi wajahnya masih saya ingat sehingga ke hari ini) menanyakan soalan lebih kurang berbunyi begini...

"Betul puasa cukup 30 hari?"

sewaktu nak menyerahkan RM10 kepada saya di atas kejayaan berpuasa penuh pada tahun itu. Masa tu darjah tiga. Sampai la ni terasa..."sampai hati cikgu tak percayakan saya"...tetapi itulah sikap orang dewasa...contohnya..." Abang habis makan bento hari ini?,,,,"betul makan habis?"...."Betul abang dah gosok gigi?", " Betul abang dan basuh tangan?".  Haiyakkkk...taip entry ini baru tersedar!!! I am doing the same thing!!!Kena buat perubahan dan I am sure it is not that easy sebab dah biasa...huhu

Lagi satu kenangan sewaktu balik dari sekolah waktu petang,  berguling-guling (heavy duty guling nih) tepi dapur sebab lapar (hahahaha, maafkan ajelah ya sebab sekolah rendah lagi, darjah berapa makcik tak berapa ingat).  Tapi, mak masa tu, buat dun no aje.  Alaa..berapa jam lagi nak berbuka.  Tapi inilah kenangan yang pasti akan dirasai oleh saya pula sebagai ibu kepada Haziq dan Hazim. And it will start this year...opppsss...a few hours more....

Lagi dua masa kecik-kecik dulu, juadah wajib yang mesti ada atas meja (untuk selera saya le) ialah air bandung...perghhh..menangkap. Dan seingat saya sewaktu kecil, abah tidak pernah mengajar kami ke Pasar Ramadhan.  Beli kuih jiran tetangga jual bawah rumah ya ada....(dulu tinggal di rumah pangsa tingkat dua dari sepuluh tingkat...no rumahnya 4313-17, Flat Lama, Jalan Cendera..........waahhh, kenangan lama).

Mmmm.... Maafkan saya, saya tidak pandai untuk berbicara berkenaan Ramadhan dari sudut yang berat kerana saya bimbang tersilap kata sementelah saya bukanlah ahli dalam bidang ini. Dikesempatan ini saya sekeluarga menyusun 10 jari memohon kemaafan kepada semua sahabat rakan taulan di luar sana di atas kekhilafan kami sekeluarga samada disengajakan atau tidak disengajakan.  Semoga Ramadhan kali ini dapat kita hayati dengan lebih baik dari sebelumnya.

















Salam Ramadhan dari kami sekeluarga di bumi Fukuoka.

 
Until we meet again, babai.

No comments: