Advertisement

16 November 2012

Jagalah Hati.

 
In my Facebook there where too many useful quotes which helps me become better, peaceful and enhancing my self confidence.  It such a waste if I let the quotes `go` without doing anything with it.  I wish I can share it with my children when they grow up and people around me and the best way to ensure it always exist by placing it in my blog.
 

15 November 2012

When the young atheletes meets..

Gambar akan menceritakan seribu satu cerita. Atas dasar falsafah inilah, saya masukkan gambar-gambar sahaja untuk entry ini....(psssstttt...pssstttt...sebenarnya dah tension, Sabtu malam Ahad yang lepas dah tulis entry nie....tup tup, tersedar pukul 3 pagi lebih...bila masa ler pulak tertidurnyer....dengan baki semangat yang ada, petang Ahad keesokkannya, update ler semula entry nie....waaaaaaaaaaAAAAAAAAAAAAAAAA......terlena lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!Udahlah, malas dah...) layan ajelah gambar-gambar yang diambil menggunakan HTC Clever Phone ai nie... Gambar-gambar nie aktiviti sukan anjuran Shirohama Hoikuen Angah Hazim yang ke 40 pada 29hb September yang lepas. Sukan dalam Bahasa Jepun disebut sebagai 'UNDOUKAI'.






 

CRUNCHY HOMEMADE CHICKEN NUGGET



Teringin nak cuba buat nugget sendiri lepas merasa nugget air tangan kawan masa majlis harijadi anaknya. Resepi di ubahsuai dari blog masakan glamer http://www.jintanmanis.com/ayam/509-homemadechickennugget. Kredit to jintan manis. Bahan-bahan A
  • 1 kg daging ayam kisar
  • 400 g taufu lembut (dilenyek hancur dan dibiarkan seketika di dalam tapisan untuk mengeluarkan air
  • 1 biji telur
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk lada hitam (jangan banyak sangat nanti pedas)
  • Serbuk kulit kayu manis
  • Serbuk roti (saya guna hampir 400g, jika adunan lembut, tambahkan lagi serbuk roti, tetapi saya biarkan sahaja adunan dalam keadaan lembut)
Bahan - bahan B (coating)
  • Serbuk roti (warna putih pun ok)*
  • Telur yang dipukul sebati dengan garpu*
Cara-caranya
  1. Campurkan semua bahan A sehingga sebati.
  2. Kemudian, adunan boleh dibentuk mengikut bentuk kegemaran masing-masing. Saya beli betuk `heart` di kedai 100yen (kat Malaysia macam kedai 2 ringgit tu).
  3. Oleh kerana adunan saya sedikit lembut, agak sukar untuk membentuknya..di sini saya ajar cara mudah untuk membentuknya.
  4. Ambil sedikit bahagian adunan dan bentukkan lebih kurang bebola, golekkan ala kadar di atas serbuk roti untuk coating, kepal2 sedikit dan baru masukkan kedalam acuan `heart`. Keluarkan adunan berbentuk heart ini, dan lakukan proses coating dengan sempurna.
  5. Untuk coating, celupkan permukaan adunan `heart` dengan telur yang telah dipukul sebati dan kemudian salutkan permukaan ini dengan serbuk roti.
  6. Susun di dalam bekas untuk simpanan. (1kg ini cukup untuk bekalan seminggu- digoreng 8 ketul sehari)

Abang Haziq ngan Angah Hazim mula-mula tu makan dengan bersungguh2 sebab dah hampir setahun tak jumpa. Balik kampung hari tu pun tak beli. Tapi masuk hari ketiga, masing-masing dah eksyen tak mau..(apa taknyer, setiap hari ibu goreng untuk bento...hahahahaha). Ok, lepas nie ibu selang-selangkan supaya tak jemu. Tapi memang sedap resepi dari jintanmanis ini. Cubalah. Oklah, lagi setengah jam nak p lab semula nak teruskan ujian yang telah direndam 2 jam sebelum ini.
Until we meet again
Babai.

Ini salah satu kegemaran saya jika dok memikir nak masak kuih muih apa untuk anak-anak. Sebabnya mudah untuk disediakan. Blend ajer semua dalam blender, pas tu biarkan aje ia masak kat dalam oven. Cepat, mudah dan yang penting anak-anak suka...(sukelerrr..sebab manis)

Bahan-bahan
  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan gula (boleh dikurangkan)
  3. 1 cawan santan
  4. 1 cawan susu sejat
  5. 3 biji telur
  6. Sedikit pewarna hijau (boleh guna warna lain kut2 teringin ler)
  7. Bijan untuk ditaburkan di atas adunan
  8. 1/2 cawan air pandan (jika tambah ini, tambah sedikit tepung gandum dalam 1/2 cawan)
Cara-caranya
  1. Semua bahan di atas (kecuali bijan) disatukan dan diblender sehingga sebati
  2. Tapis dan tuang di dalam loyang (pastikan loyang yelah disapukan dengan sedikit minyak
  3. Taburkan bijan di atas adunan
  4. Bakar di dalam oven selama 45min-1 jam atau sehingga masak
  5. Bila dah sejuk baru potong.
Tips; Tambahkan sedikit masa untuk dapatkan permukaan yang berkerak



Ok, selamat mencuba

Until we meet again

Babai.

APAM PISANG KUKUS MESRA CHEF

Apam pisang kukus nie senang sahaja untuk disediakan dan bahan-bahannya juga mudah untuk diperolehi di mana sahaja. Resepi ini dikongsi oleh ahli group FB SRIKANDI DIBUMI SAKURA. Dah lamaaa dah salin tetapi baru2 nie aje nak senseng tangan mencuba. Kali pertama cuba .......M. A. S. I. N...wkakakakakaka.....tapi telan le juga...nasib buat satu bekas aje...kali kedua....walllaaaa...yummy...lazat berkrim disukai anak2...hahahahah....sape lagi nak puji kan..diri sendiri la....;)
Bahan-bahannya
1.1 cawan pisang yang dilenyek lumat (kali kedua buat tak ikut dah..letak lebih)
2.Gula satu cawan (saya buat 3/4 cawan dah cukup manis)
3.Susu sejat 1 cawan
4.Tepung 2 cawan
5.Soda bikarbonat....dalam 1/4 sudu besar saya guna
6.Garam (haaaa, yang nie kali kedua saya tak letak..ikut saranan 1-2 sudu kecil)
7.Kismis (yang ini juga saya tidak letak)
Cara-caranya
1.Campurkan semua bahan di atas dan gaul sebati. Tiada petua sape nak masuk dulu.
2.Perap selama 2 jam.
3.Kemudian kukus selama 45min-1 jam atau sehingga keperangan.
4.Siap dan boleh dimakan ketika sejuk.
Mudahkan dan tidak mengganggu kerja seharian kita. Masa dok perap ngan kukus tu, boleh layan telenovela, lipat baju, jemur kain dan macam2 lagi. Relaks je masak apam pisang kukus nie. Nota: Jangan lupa ya untuk guna saiz cawan yang sama untuk semua sukatan :) Ok until we meet again. Nak prepare mix design lagi.... Babai