Advertisement

31 July 2012

SWEET BLACK CHICKEN WITH TOMATO PUREE

Ayam masak hitam tomato















Sedap! Itu first impression masa Iftar hari Ahad yang lepas di Masjid Fukuoka.  Kali ini giliran komuniti Malaysia menyediakan juadah bebuka dan menu utama ialah nasi minyak Terengganu, ayam masak hitam tomato dan acar mentah.  Resepinya sudah tentu dari Ida.  Jom jenguk dapur Ida.  Tahun ini berbeza dari tahun lepas di mana tugasan diberi sama rata kepada semua, pihak lelaki masak nasi minyak dan acar mentah, pihak perempuan pula dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan ayam masak hitam tomato dan kumpulan kuih bakar yang sangat sedap. Adik-adik bujang pula bertungkus lumus merebus 400 biji telur.  Tapi dari pengamatan saya, Ida le orang paling sibuk sekali sebab hampir semua akan rujuk kepada beliau, selaku chef utama kami.   Ok , tak nak cakap banyak, jom tengok resepinya yang diubahsuai sedikit dari resepi Ida. Thanks idaddapur.blogspot.com.jp

Bahan-bahan
  • 1.5kg ayam (dibersihkan, dipotong dan digoreng menggunakan garam dan kunyit)
  • 2 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*                      * dikisar halus
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*                             
  • 2 sudu besar cili kering kisar (jika tak nak pedas kurang, dan sebaliknya)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 cawan tomato puree + 3sudu besar sos tomato
  • 1/2 cawan kicap pekat manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • 1 labu bawang besar dipotong bulat nipis**
  • 6 helai daun limau purut dihiris halus**
  • 2 biji tomato segar (dipotong dadu)**
Bahan menumis
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 1/2 inci hali dihiris halus
  • 3 ulas bawang putih dihiris halus
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus
 Cara-caranya
  1.  Panaskan minyak dalam kuali
  2. Tumis bahan menumis sehingga naik bau
  3. Masukkan bahan kisar dan gaul rata dengan minyak, biar seketika sehingga naik bau
  4. Masukkan cili kering kisar di satu sudut kuali
  5. Masukkan sos tiram di satu sudut lain kuali.
  6. Biar seketika dalam 1-2 minit, kemudian gaul rata dan masukkan tomato puree, sos tomato, kicap pekat, lada putih dan garam secukup raya. 
  7. Biarkan ia masak seketika sambil menikmati keenakan bau di dapur anda...hehe
  8. Masukkan ayam yang telah digoreng, gaul rata.
  9. Masukkan bahan-bahan bertanda ** , gaul rata dan biarkan ia masak seketika
  10. Ok, dah siap.

Tips,
  • Jika hendak kuah, boleh ditambah air ke dalam masakan. Adjust kepekatan mengikut selesa. Tetapi saya lebihkan tomato puree untuk kuah dan hanya sedikit air. Baru pekat.
Resepi ini simple, untuk resepi sebenarnya dengan bahan-bahan yang lebih membangkitkan rasa, boleh jenguk-jenguk blog Ida di sini.

Ok, selamat mencuba

Until we meet again, babai.

30 July 2012

I can smell sambal petai now.......

http://www.clipartguide.com/_pages/0511-1007-2118-0446.html
Dari minggu lepas soalan ni berlegar-legar kat dalam otak kepala nie...`mcmana nak minta cuti dengan SV nie`...fuhhh, berdabar rasanya biarpun SV ai sangat baik orangnya.  Segan nak minta cuti.  Perancangan awal nak mohon pengesahan cuti minggu lepas lagi tapi tunda punyalah tunda sebab tak tahu nak mulakan macamana.  Sebenarnya dah bagi hint dah ka SV dua tiga minggu lepas, tetapi respon SV berbunyi begini....

`bergantung kepada tesis dan pencapaian you`...

tak berdebar ke hulu hati nie mendengarnya....sebab masih belum green light lagi tu...baru lampu kuning aje...Ia boleh bertukar ke lampu merah atau lampu hijau..... Sejak dari hari itu bermulalah detik debaran sehati berdansa urat-urat dalam badan nie.

Semalam dah mimpi dah SV tak bagi balik...huhu, but macam yang selalu saya buat....`think positive`...`think positive`...sampai lab pagi tadi, relaks2 dulu. Buka email, baca email, baca  akhbar online dan apa2 yang patutlah.  Dalam hati debarannya dup dap dup dap.....cakap kat diri sendiri...

`mmm, nak tak nak, esok lusa kena tanya juga, tiada bezanya....bezanya cuma green atau red sahaja. Terima ajelah apa sahaja jawapannya`

...ok, terus bangun, berdiri, berjalan keluar lab menuju ke bilik SV, lihat bilik cerah....(fuhhhhh, berdebar dalam lega), intai-intai  ke dalam bilik sambil nyorok2kan badan bimbang SV nampak (tak boleh nampak pun, nie kes orang tengah gabra), pas tu.....jeng jeng jeng............................................................................................................................................................................................   pusing balik ke lab...hahahahahaaha......you all tak tahu betapa berdebarnya......

Sampai kat lab termenung jap...`apa ek aku nak buat nie`....motivasi...motivasi....tak boleh jadi nie, terngiang2 ungkapan `nak tak nak kena tanya juga nanti, terima sahaja keputusannya`....tak sampai sploh minit, terus ke bilik SV semula.....depan pintu, regang2kan tangan, pusing2kan tangan, control emosi (manalah tahu sob sob sob kang)...hahahaha,

...tok....tok...tok

dari dalam kedengaran suara,

``hai``.........(ya in BM)

buka pintu dan melangkah masuk........................................



DAN AKHIRNYA....................





So, will not be around from 9th August till 7th September.  I will be back with lots of stories about  our balik kampung.

Until we meet again, babai.

28 July 2012

PIZZA EXTRA CHEESE PLEASEE!!


One of Haziq's and Hazim's feveret,
(Resepi diubahsuai dari Wan Norizan Hj Abdul Hamid)

A.   Topping

Bahan-bahan
  • daging kisar (kat Malaysia Ramlee Burger ada)
  • 2 biji tomato (dipotong dadu)
  • 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
  • 1 biji lada benggala kecik (dipotong dadu)-tak kisah merah atau kuning
  • 2-4 ulas bawang putih (dicincang)
  • 3 keping nenas (saya tidak pernah guna, terpulang kepada selera masing-masing)
  • 1 cawan cendawan butang (potong kecil-kecil)
  • keju mozzarella parut (saya pakai Phillidelphia)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • 2 sudu makan sos tomato
  • 1 cawan tomato puri (saya tak pernah guna, terpulang kepada selera masing-masing.  Jika tidak menggunakan tamoto puri, lebihkan sos tomato di atas.)
  • 1 sudu teh serbuk daun oregano
  • garam secukup rasa
Cara-caranya
  1. Tumis bawang putih dengan minyak masak sehingga naik bau
  2. Masukkan daging kisar, biar agak masak dan kering sedikit, baru masukkan sos tomato, garam secukup rasa dan daun oregano.  Kacau rata (masukkan separuh tomato puri  pada peringkat ini, jika digunakan).
  3. Masak sehingga agak pekat dan kering.
B.  Doh
Bahan-bahan
  • 500g tepung gandum*
  • 11g yis segera* 
  • 1 sudu teh gula*
  • 1 sudu teh garam*
  • 1 sudu makan merjerin
  • 1 cawan air suam
  • 1/2 cawan minyak
     * digaul rata

Cara-caranya
  1. Gaul rata semua bahan kering termasuk marjerin sehingga rata, masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
  2. Tutup dengan kain lembap dan biarkan ia naik 2 kali ganda
  3. Selepas itu, tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bahagikan kepada beberapa ketulan
  4. Leperkan bahagian ketulan di atas bekas adunan. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis. Ataupun di atas dulang pembakar, buat bulat2 kecil dan leperkan.
  5. Panaskan ketuhar
  6. Bakar doh dalam ketuhar selama 10 minit
  7. Keluarkan dan ratakan daging yang telah dimasak di atas adunan.
  8. Taburkan tomato dadu, (jika guna tomato puri, baki tomato puri boleh diletakkan ketika ini), bawang, cili benggala, nenas jika digunakan, keju parut, cendawan butang.
  9. Bakar sehingga keju cair sepenuhnya.
  10. Ok dah siap. Makan panas-panas sangat menyelerakan.  

Tips,
  • Bahan yang paling utama ialah daun oregano, tiada nie, pizza tiada rasa pizza.  Selalunya saya lebihkan oregano...letak ikut citarasa
  • Topping boleh dipelbagaikan, jika hendak guna makanan laut pun boleh bukan daging aje.  Boleh juga diletakkan mayonese dan sos tomato lagi sekali untuk 'up' kan kolestrol....hehe, mcm ai buat la.
  • Kadang-kadang jika nak cepat mcm bulan puasa ni, doh saya tak buat langkah 6, terus taburkan bahan setelah leperkan doh atas dulang pembakar. 
  • Asas doh jangan tebal sebab nanti tak sedap dan susah nak nganga mulut luas2 (kan topping 2 inci...hehe), dan jangan terlalu nipis sebab nanti tak mampu nak menanggung beban topping berketebalan 2 inci itu.....ngeeee
  • Apabila telah masak dan sedikit sejuk boleh dimasukkan ke dalam bekas berpenutup untuk mengelakkan pizza menjadi keras. Boleh simpan dalam peti ais, esok panaskan semula dalam oven. 
Ok, selamat mencuba

Till we meet again, babai.

SWEET SYRUP JELLY

Ingat lagi tak kat mana kita selalu jumpa agar-agar sirap nie.....?  Jika dulu-dulu jika datang ke kenduri kawin mesti ada dihidangkan.  Sekarang  agak sukar nak jumpa agar-agar nie kat majlis kenduri kawin (susah le nak jumpa sebab dah jarang p kenduri kawin...hehehe).  Tapi memang ya la...rasanya agar-agar nie agak kurang glamer dah sekarang nie sejak kehadiran nama-nama baru di arena agar-agar yang lebih menakjubkan seperti "fruitti pudding', 'bread puding', 'rainbow puding' dan yang paling brutal ' burnt sugar puding'...hehehehe.  Walauapapun, saya rasa agar-agar sirap ni ada value dia tersendiri.

Saya pernah mencari resepi membuat agar-agar ini tetapi tersilap kata kunci.  Selalu type 'puding' kat search button, memang tak pernah jumpa.  Baru-baru ini je teringat perkataan agar-agar sirap.

yang akhirnya....saya bertemu dengan ini 
http://sue-hasue.blogspot.jp/2011/03/resepi-agar-agar-sirap.html
yang membawa saya kepada perkataan yang dah laaamaaaa saya tak dengar iaitu LENGKONG.

Mula-mula buat tidak menjadi sebab tak mengeras (first attempt masa nak hantar abang pergi aktiviti masjid sempena Ramadhan).  Saya panaskan semula agar-agar dan tambah agar-agar stripe. Mmm....lama juga ia nak mengeras, balik dari memetik blueberry di Kurume barulah ia menjadi.  TETAPI.......dari awal hingga akhir, saya sorang aje yang menghabiskannya....huhu, nasib buat sikit aje.  Tiada sambutan dari Haziq mahupun Hazim...hmmmm...selera era puding. 

Oklah, saya share resepi yang dicuba di sini.  Credit tu sue-hasue.blogspot.jp

Bahan-bahan
  • 1/2 bungkus agar-agar stripe (direndam lebih kurang sejam dalam air terlebih dahulu, tapi saya rendam je tak ikut masa...hehehe, rendam, bila dah free masa tu baru masak)
  • 3/4 cawan gula kasar
  • 800-1000 ml air
  • 2 helai daun pandan (simpulkan)
  • beberapa titik sirap ros (saya guna kordial ros Malaysia made yang sudah siap manis, jadi kena kurangkan gula di atas ya).

Cara-caranya
  1. Panaskan agar-agar stripe dengan air.
  2. Bila dah agak-agak mendidih, masukkan gula, daun pandan dan sirap ros.
  3. Ok tunggu sehingga ia masak (mmmm, tengok stripe tu dah elok cair kira ok dah la tu)
  4. Tutup api, masukkan ke dalam bekas acuan, dan tunggu sehingga ia sejuk
  5. Akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk.
Simple kan....

Selamat mencuba.

Until we meet again, babai.



25 July 2012

長さそうめん NAGASHI SOUMEN

Nagashi soumen!!!

Soumen is the Japanese Special Noodle which usually serve in cold with other ingredient such as green vegetables, tsuyu (fish sauce), and chilli during summer. See here.  The difference from other noodles is on how it is serve....mmmmm.....guess how? hehe


I had a chance experiencing Nagashi soumen 2 days before Ramadhan with my laboratory members.  We had it in our concrete laboratory during lunch hour.   Credit to the lab members who made an effort in planning this events, preparing the ingredients and the most important, 'hunting' and preparing the bamboo (this the main material tau). And me?????Just waiting with the chopstick beside the bambooo....haha...lazy huh...
                                                                         
Soumen flows (by water) in the bamboo from the top to the end and all of us waiting beside the bamboo to catch the flowing soumen. Interesting kan?  So, there should be a person who 'release' the soumen at the starting point, and 'persons' waiting to catch the soumen...cer teka, which person I am...hehehehe.  Hungry ma.....

We take turn of coz....

Then, the soumen was dipped in the tsuyu together with other ingredient depends on individual (as for me, I did not add chilli in my dish).




It is simple, delicious and happening ( I mean my first experience eating noodles from the bamboo sticks).  Can it be adopted to Malaysia tak? Method nye la....bamboo ada, noodles ada (pakai mee kuning...hahaha), vegetables ada....mmmm...why not?  Just need a person who willing go into the jungle to find the bamboo coz our jungle is not the same as Japan forest.  Ngeeeee....

Ok, until we meet again, babai.