Advertisement

10 September 2012

I luv sugar, but......



Pernah dengar ungkapan begini?

`lepas makan manis-manis tu, minum air banyak-banyak, nanti kuranglah gula tu`

terutama kat budak-budak yang selalu makan makanan manis.  Ini jika sentiasa berulang di telinga kanak-kanak, akan menjadi satu kepercayaan pula dan apabila dewasa akan diucapkan pula pada anak-anak.  Bimbang jika perkara ini berterusan akan membawa kepada kesan yang tidak baik...ooo, takpe makan le makanan manis banyak2, nanti minum air hilanglah manis tu. Pada saya pula, pening bila ada orang cakap begini kat anak-anak saya sebab bagi saya pendapat ini adalah TIDAK TEPAT.  Bila melibatkan orang tua, serba salah jadinya, tapi pernah seseorang menyebutnya  dan saya suarakan pendapat saya (umur ala-ala ai le...tu le berani) dan beliau menjawab...`BETUL KE?`

Dulu memang percaya juga tetapi setelah mendengar ungkapan dari seorang doktor kesihatan (tak ingat TV atau Radio) bahawa ini adalah salah, pemikiran saya berubah.  Dan baru-baru ini, terdengar lagi orang mengungkap kepada anak-anak saya setelah hampir setahun tak dengar membuatkan saya  tergerak hati untuk berkongsi pendapat.  Jika saya silap, mohon diperbetulkan pendapat saya ini.


http://www.forbes.com/sites/daviddisalvo/2012/04/01/what-eating-too-much-sugar-does-to-your-brain/
Seperti diketahui umum, bagi diabetes, cara untuk mengesan penyakit ini adalah melalui darah. Bukan melalui  buangan air kecil. Ini bermakna jika anda memakan makanan yang manis, kandungan gula akan diserap sebagai tenaga.  Kegagalan gula untuk ditukar kepada glukosa disebabkan kemasukan gula yang berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan  jika menghidap diabetes tahap 1  insulin   diperlukan untuk  membantu pemprosesan tenaga dari gula yang diterima oleh badan. Jika consume banyak gula juga akan meningkatkan  ukuran lilitan pinggang juga tau...hehehe...emok laaa....tapi jangan tak makan gula langsung, boleh membawa maut sebab tiada tenaga dalam badan (teringat arwah sepupu, Al-fatihah).

Manakala air pula akan digunakan sebagai pelincir dalam badan seperti mencuci buah pinggang serta meningkat metabolisma badan, membawa oksigen ke dalam sel badan, melaraskan suhu badan dan sebagainya.  Kekurangan air dalam badan boleh dilihat dari lesu, asyik mengantuk, pening aje...(mcm ai je ni...hehehe)...kulit tak anjal dan sebagainya.  Sebab itu dicadangkan meminum air 8 gelas sehari untuk meningkat metabolisma sekaligus dapat mengurangkan lilitan pinggang kita...kurus laaaa.....cara mudah untuk mengukur kekurangan air dalam badan ialah dengan melihat warna buangan air kecil (dari segi kepekatan warna).

Menariknya, jika lihat pada point terakhir link ini juga, lebihan air akan mengurangkan GARAM...bukan GULA......jeng jeng jeng.

Dan jika berkunjung ke pusat kesihatan pula, mereka amat menitikberatkan pengurangan kandungan gula (untuk kes mengurangkan berat badan) dan tidak pernah saya dengar cadangan minum air banyak2 lepas makan makanan manis....hanya dicadang untuk kurangkan  makanan manis.

Makanya jika hendak kurus, kurangkan gula, amalkan meminum 8 gelas air bersih setiap hari. Bukan kekalkan gula tetapi minum air banyak-banyak ya...pendapat ai je ni...jika salah tolong perbetulkan. 

Air dan gula amat diperlukan untuk mengimbangi badan kita TETAPI BUKAN air untuk mengimbangi gula. 

Maaf jika ada salah dan silap dari saya.

Until  we meet again.

Babai.

No comments: