Advertisement

11 September 2012

Universal Studio Japan, Osaka

Assalamualaikum dan Good Day to All!!

Mmm...lebih dari sebulan tidak bersiaran...hehe, banyak perkara yang hendak dikongsikan bersama...macam2 ler kat kepala nie tapi bila buka blog..mmm....macam blur pula rasanya.  Sebenarnya ini entry pertama setelah lama berehat, tetapi entry I Luv Sugar, but... di post terlebih dahulu.

10 Ogos 2012 yang lepas kami anak beranak meredah kepanasan Osaka untuk ke Universal Studio Japan (masih dalam bulan puasa tu...tapi nak pergi punya pasal, semua dah tak hengat).  Mmm....suhu panasnya lebih kurang macam negara  Malaysia tercinta tapi perbezaannya ialah seperti berikut, Malaysia panas lembap dan Jepun pula mengalami panas kering...cuba you all bayangkan dah la panas, kering le pula tu, puasa lagi....cari kerja le pula menempek kat USJ...(sape suruh, padanlah muka kan)...hehe.

Di Osaka, kami menginap di Tsuruhashi Toyoko-Inn selama 2 malam.  Kat Jepun ni, kebanyakkan hotel rate berdasarkan kepala bukan bilik. Contohnya, satu kepala Yen4,000, bilik pula hanya boleh menempatkan dua orang sahaja bagi double twin room, so, harga bilik ialah Yen8,000. Ada juga hotel charge duit shower, tiada sarapan pagi dll...(kat sini semuanya duit wokey), tapi nasib baik ada Toyoko-Inn, harganya agak murah (jadi ahli ada diskaun - hari biasa 5%, cuti umum atau cuti perayaan -20%), ada sarapan pagi (walaupun tak boleh makan kecuali nasi kepal dan teh/kopi sahaja), free Wifi di setiap bilik, harga mengikut bilik (tapi tak boleh buat mcm kat Malaysia satu bilik tu masuk 4-5 orang...kena ikut peraturannya).  Bilik kami double twin room hanya boleh menempat dua dewasa dan dibenarkan 2 kanak2 sahaja.  Biliknya kecil dan untuk sembahyang agak tidak selesa. Apa nak buat, USJ punya pasal. Copp...lagi satu yang istimewa kat Jepun nie, diskaun hotel lebih tinggi masa cuti umum berbanding hari biasa. Interesting kan kan.......kiranya keselesaan pelanggan yang diutamakan. Bila cerita pasal nie, teringat pula kawasan parking kat hospital area rumah lama dulu, pakir dalam hospital untuk pelanggan, pakir luar hospital untuk kakitangannya ( tetapi almost semua hospital pakir berbayar dan terhad, yang saya sebutkan di atas di kawasan agak perkampungan sedikit, so, pakir free dan dekat dengan pintu masuk).

Mmm..panjang la pula, belum lagi cerita pasal USJ. 

Agak tidak bernasib baik, kami ke USJ pada cuti sekolah, jadi ramailah orang berpusu-pusu ke sini. Dalam kepanasan beratur beli tiket nasib baik Angah Hazim sukarela tak nak berdukung...hehe, jika tak lenguh weii. Harga satu tiket Yen6000++/seorang dewasa.  Kelebihannya?????..boleh main semua kat dalam tu jika larat.  Jika tak, ada pilihan, iaitu harga tiket Yen4000++, hanya boleh main permainan tertentu sahaja (tapi sampai kat kami, tiket nie dah sold out)..huhuhu....bukan apa, dah le orang ramai...nak kena beratur satu game pula hampir sejam...tu belum ragam anak-anak...conferm tak boleh nak main semua...tetapi dah sold out, nak wat camne kan, boli ajolah apo yang ado.  

Bab makan pula, bagi muslim agak susah sikit, kami dah siap2 beli nasi kepal banyak2 kat convenience store berhampiran hotel dan mee soba. Nasib duduk dua hari aje....hehehe. Air alhamdulillah, no problem, banyak vending machine sepanjang berada dalam USJ.

Kami diberikan map USJ di pintu masuk..mmm...pening nak tengoknya....sebab banyak sangat kawasan nak kena p, pas tu dalam bahasa Jepun pula....(Bi dah habis katanya)...dalam hati nak p sini, p sana , pas tu sinun pule...akhirnya kami buat keputusan, pergi game yang hanya boleh lepas ketinggian Haziq dan Hazim sahaja (setelah mempertimbangkan ratusan pengunjung pada hari itu). Dan banyak game tidak memenuhi ketinggian Hazim...stay dengan ibu je lah kan..hehehe...naik big cup pusing2 ngan ibu pun best apa....ngeeeee.  Oleh yang demikian,bagi yang berhajat hendak ke USJ, pastikan anak anda tinggi- setingginya..hehehehe, mcm Haziq, umurnya 7 tahun jika ikutkan banyak juga tak lepas, tapi nasib baik tingginya macam budak 12 tahun...heheh....berbaloi 6000. Hahahahaha.

Bagi Muslim yang hendak ke sini (dan ke mana2 pun), jangan lupa bawa alat penentu arah kiblat.  kami solat kat dalam apa ke nama tempat game tu...penuh orang  tapi ada beberapa sudut lepak2....ada juga nihonjin yang bentang tikar tidur kat di situ (penat le tu main roller coster). Agak selesa, ada aircond, toilet pun ada untuk ambil air sembahyang dan boleh sembahyang dengan relaksnya sebab diarang tak kisah pun kita nak menunaikan solat asalkan bukan dilaksanakan tengah2 jalan sudah la.  Alhamdulillah, di Jepun, budaya menghormati agama lain amat tinggi.

Okey, tak nak cerita banyak2 dah..jom layan gambar-gambar kami di USJ....







Lawatan kami di USJ diakhiri dengan perarakan kereta berhias yang BEST!! yang bermula pada pukul 8.00 mlm waktu Jepun dan sejam kemudian kami bertolak balik ke hotel dalam kepenatan tetapi penuh dengan senyuman.


Entry gedik sat


Ok, until we meet again.

Babai.

No comments: