- 1 kg daging ayam kisar
- 400 g taufu lembut (dilenyek hancur dan dibiarkan seketika di dalam tapisan untuk mengeluarkan air
- 1 biji telur
- Garam secukup rasa
- Serbuk lada hitam (jangan banyak sangat nanti pedas)
- Serbuk kulit kayu manis
- Serbuk roti (saya guna hampir 400g, jika adunan lembut, tambahkan lagi serbuk roti, tetapi saya biarkan sahaja adunan dalam keadaan lembut)
- Serbuk roti (warna putih pun ok)*
- Telur yang dipukul sebati dengan garpu*
- Campurkan semua bahan A sehingga sebati.
- Kemudian, adunan boleh dibentuk mengikut bentuk kegemaran masing-masing. Saya beli betuk `heart` di kedai 100yen (kat Malaysia macam kedai 2 ringgit tu).
- Oleh kerana adunan saya sedikit lembut, agak sukar untuk membentuknya..di sini saya ajar cara mudah untuk membentuknya.
- Ambil sedikit bahagian adunan dan bentukkan lebih kurang bebola, golekkan ala kadar di atas serbuk roti untuk coating, kepal2 sedikit dan baru masukkan kedalam acuan `heart`. Keluarkan adunan berbentuk heart ini, dan lakukan proses coating dengan sempurna.
- Untuk coating, celupkan permukaan adunan `heart` dengan telur yang telah dipukul sebati dan kemudian salutkan permukaan ini dengan serbuk roti.
- Susun di dalam bekas untuk simpanan. (1kg ini cukup untuk bekalan seminggu- digoreng 8 ketul sehari)
Abang Haziq ngan Angah Hazim mula-mula tu makan dengan bersungguh2 sebab dah hampir setahun tak jumpa. Balik kampung hari tu pun tak beli. Tapi masuk hari ketiga, masing-masing dah eksyen tak mau..(apa taknyer, setiap hari ibu goreng untuk bento...hahahahaha). Ok, lepas nie ibu selang-selangkan supaya tak jemu. Tapi memang sedap resepi dari jintanmanis ini. Cubalah.
Oklah, lagi setengah jam nak p lab semula nak teruskan ujian yang telah direndam 2 jam sebelum ini.
Until we meet again
Babai.
No comments:
Post a Comment