Advertisement

26 November 2012

Happy 7th Birthday on 18 November 2012

4.4 kg!!! Itulah berat abang pada 18 November, 7 tahun lepas . Waktu tu, ibu masih belajar lagi kat UPM...memandu sorang-sorang dari Wangsa Maju ke Serdang hampir 80km plus plus sehari (setelah dicampur pergi balik dan termasuk singgah kat AEON Wangsa Maju....my feveret stopper ever).  

Masa abang lahir kat Wad Pembedahan Hospital Kuala Lumpur, semua nurse tanya, 'ha, mana budak yang tak mahu keluar2 tu' ...wakakaka...akibat keluar masuk hospital banyak kali sampai nurse2 dah kenal ibu.  Dan yang paling ibu ingat sampai ler ke hari nie....doktor pelatih (yelaa kut...tengok gayanya) tanya Doktor Senior (yelah kut...tengok gayanya)....lebih kurang begini bunyinya dalam alih bahasa...'nak potong kat mana' ....waaaaaaaaaaaaaaaa.....uhuk uhuk....tersedak ibu you...Nasib baik ada Doktor Bius melayan ibu berborak bertanya life kat parit raja, shopping kat mana kat PR dan macam2 ler. Mmmmm....after the operation.....apa lagi, kena tahan kat wad khas ler ibu...that was the old story...tak mau cerita lebih2 la..yang penting kita mesti memberi sokongan kepada para pelatih diseluruh Malaysia...wakakakaka.  Nasib bernafas lagi....Alhamdulillah.

Haaaa...lagi satu yang paling ibu tak lupa...bulu kening abang elek!! The roma blues pun elek...rambut pun ala2 segan je nak tumbuh....tapi tu dulu la....SEKARANG!!!! Perghhh, kalah Adam Mukhriz aka AM,  jika Ain Hawani nampak abang dulu....tak de can la Johan nak tackle...hehehehehe.  Semua anak adalah hero kepada setiap ibu yang melahirkan.

Banyak pahit manis sepanjang ibu membesarkan abang.  Semua ibu semat kemas-kemas dalam hati. Ibu doakan, semoga abang menjadi anak yang baik, taat pada perintah Allah, berjaya di dunia dan akhirat, jangan lalai dalam berkawan, berusaha untuk menjadi seseorang, hormat ibu, ayah serta orang sekeliling dan menjadi abang yang baik kepada adik.

SELAMAT HARI LAHIR KE-7 IBU UCAPKAN.
SEMOGA ALLAH SENTIASA MELIHAT ABANG DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN MEMBANTU ABANG DIKALA SUKA DAN DUKA
 
 
 


Sempena hari lahir abang...kita ronda-ronda melawata Ultraman kat Kumamoto....cewahhhh..ibu plak yang teruja nak jumpa Cosmos. Ekekeke..

Ibu sayaaaaaaaaannnggg abanggg Haziq!!!Muah Muah




 

No comments: