Jika tidak silap ini gambar first attempt saya. Ada kisahnya juga.....mula-mula saya buat hidangan ini apabila Haziq dan Hazim bawa balik satu plastik besar keledek dari hoikuen (nursery). Masa tu mereka di Shirohato Hoikuen di Itoshima sebelum berpindah ke Shirohama Hoikuen di Higashi-ku. Banyak aktiviti sepanjang mereka berada di Shirohato Hoikuen. Salah satunya ialah menanam keledek. Jika tidak silap saya mereka menanam keledak masa musim panas bulan 7 tahun lepas (2011) dan menuai hasil apabila musim hendak bertukar ke musim luruh. Banyak juga di bawa balik keledknya...yelah, hasil dari dua orang. Ada gambar-gambarnya untuk kenangan tetapi dalam bentuk hardcopy.
Resepi kegemaran yang ingin saya kongsikan di sini ialah KUIH KERIA. Sebab manis, Haziq dan Hazim memang suka kuih ni. Mmmmm, rasa nak buat la pula hujung minggu ni. Insya-Allah
Bahan-bahan (diubahsuai dari resepi Wan Norizan Hj Abdul Hamid)
- Keledek ( dibuang kulit, rebus dan dilecek)- mmm, dalam 2-3 biji keledek yang besar
- Setengah cawan air
- 5 sudu makan gula pasir
- Tepung gandum secukupnya
- Minyak masak untuk menggoreng
- Masukkan keledek lecek ke dalam mangkuk. Tambah tepung sedikit demi sedikit sehingga boleh diuli
- Ambil sedikit adunan, golek memanjang dan satukan di hujungnya menjadi seperti bulatan berlubang tengah
- Panaskan minyak dalam kuali
- Goreng adunan (2) sehingga keemasan. Keluarkan
- Dalam kuali yang lain, masak gula bersama air hingga likat. Masukkan kuih (4) dan gaul perlahan dengan api perlahan sehingga gula menjadi serbuk putih.
- Padamkan api.
- Sedia untuk hidangan.
- Adunan pada langkah 1, jangan terlalu lembut atau terlalu keras. Jika lembut, masa gaul dengan air gula likat ia akan pecah. Jika terlalu keras, kuih akan keras di akhirnya.
Until we meet again, babai.
No comments:
Post a Comment