Advertisement

11 September 2012

Tokyo SkyTree Tower

Visiting The Tallest Broadcasting Tower in The World is like a dream come true.  We went there on our trip to Tokyo last week and we had an opportunity to view Tokyo from the top of SkyTree Steel Tower at night. The entrance fee is Yen2000 per adults, Yen900 for student age between 6-11 years old and for my little one Hazim is FOC (phewwww...sambil kesat dahi..hehehehe). Lucky us that we could get to the top without facing the long queue.  ( I was told that it was fully booked until December 2012....lucky maaa).

Sharing some info, on 17 Novermber 2011, it was recognized by Guinness Book of Record as the tallest tower in the world with 634m height (see here).  My Kuala Lumpur Tower which was constructed in 1994 is at the 7th world ranking  with 421 m height .


List of world`s tower
Not to be confused with the Burj Dubai, the SkyTree drop under tower structure category meanwhile Burj Dubai was categorized as building structure.

List of world`s building structure
My first impression when getting out from the lift was `WOW`!! Tokyo city was so amazing at night.  I  saw the beautiful and colorful light all around.  Lip laaaaap lip laaaaap. Spontaneously, ......wahhhhh!!! But, I can not take good quality pictures because my camera was broken.....sob sob sob, anyway, infinite thanks to my HTC Clever phone ( not too smart sebab tak leh received MMS...ngeeee), at least it can snap one or two pic lah kan kan.

The kelakar part was (to me laaa....), we could not find the tower when getting out from the train station....tup tup one of us realized...'atas tu laaaa'...I was standing exactly under the Tokyo SkyTree Tower!!...mmmm...ok tak kelakar....hahahahaha....so, the train station is under the tower...to capture the full view of the tower, one need to walk a few meter from the station...but it was raining, we could only jenguk2 ala2 malu ajer...hehehehe.  



I am standing on a glass slab....kowaii.......if you have a chance to visit this tower, don't miss this opportunity.




Oklah, feel sleepy now...have to stop for today...

until we meet again, Insya-Allah.

Babai.

Entry gedik sat...

Alamak.....macamana ekk nak re `in` balik comment lepas ter re `move` comment pada post2 sebelum ni.  Pening tengok kat account...so, makcik acu cuba try test le remove kat account makcik...rupa rupanya affected kat page juga.....(mod: rasa ngek le pula..hahahaha). 

Cer nengok gambar kat bawah tu.....cantik kan, nampak sedap kan.....hehehehe..CER TEKA SAPE BUAT..CER TEKA...CER TEKA (sambil ai dakap tangan kat badan, kelip2 mata, jika tak cukup gedik, you all bayangkan bulu mata palsu ai satu inci...hahahaha).  Tak sangka tol boleh buat ni cik non uiittt.....jom layan gambar dulu, nanti ai bagi tahu rahsianya...



Ehem, ehem, cara nak buat nie sonang ajo bak kata den .....hari tu telinga ada tertangkap orang cakap rendam dulu dengan pewarna kuning sebelum di masak pulut tu (pulut kuning macam dalam gambar tu).  Pas tu jika ikut resepi turun temurun omak den masa buat ketupat daun palas....pulut direndam terlebih dahulu sehingga kembang, kemudian di gaul dengan santan pekat...biarkan seketika, kemudian dikukus sehingga masak,  kemudian dikukus sehingga masak.  Apabila telah masak, gaulkan dengan santan pekat masa panas2 tu....dan biarkan ia sejuk.   Dari pengamatan mata nie macam le senang, cubanya belum pernah...hehehehe, sebab setiap kali raya den hanya tolong balut daun palas tu je...masaknya omak den. Pecah rahsia!!! Ngeee..

Maka, terpecahlah juga rahsia di atas, pulut kuning kek atas tu, bukan den yang membuatnya, den tolong hiaskan aje...joint venture dengan maksu dan paksu sebelah hubby den tu hah.  Walaupun hanya menghias, rasa teruja le juga sebab first time tolong hiaskan santapan pengantin walaupun satu resepi ni aje. Siap bungkus cantik2 dengan pembalut makanan lagi...bimbang cik lat hinggap.  Punyalah sayang.....Tapi selesai majlis, macamana terletak awal atas meja pengantin, macam tu le juga keadaannya masa nak kemas...hahahahaha, faham2 jelah, mana  nak buka mulut luas2 time masa santapan diraja....malu ler tu...(ehem...ehem...macam kita jugalah time beraja sehari dulu....eleh, wat wat lupa pule). Jika lupa, masuklah tender nak bersanding lagi sekali tapi dengan orang yang sama tau!!

Dalam hati berlagu...`lalalalala, boleh den makan lepas nie`  hahahahaha.....gurau...gurau..jangan marah ya Mak Lang Ani.  

dan masa upload gambar nie, hubby tanya
`eh, bila masa pula ada pulut kuning nie`...

dalam hati den..
`burrpp...alhamdulillah`

tu le untungnya duduk kat dapur...hahahahahaha

Universal Studio Japan


Ok, until we meet again.

Babai.

Universal Studio Japan, Osaka

Assalamualaikum dan Good Day to All!!

Mmm...lebih dari sebulan tidak bersiaran...hehe, banyak perkara yang hendak dikongsikan bersama...macam2 ler kat kepala nie tapi bila buka blog..mmm....macam blur pula rasanya.  Sebenarnya ini entry pertama setelah lama berehat, tetapi entry I Luv Sugar, but... di post terlebih dahulu.

10 Ogos 2012 yang lepas kami anak beranak meredah kepanasan Osaka untuk ke Universal Studio Japan (masih dalam bulan puasa tu...tapi nak pergi punya pasal, semua dah tak hengat).  Mmm....suhu panasnya lebih kurang macam negara  Malaysia tercinta tapi perbezaannya ialah seperti berikut, Malaysia panas lembap dan Jepun pula mengalami panas kering...cuba you all bayangkan dah la panas, kering le pula tu, puasa lagi....cari kerja le pula menempek kat USJ...(sape suruh, padanlah muka kan)...hehe.

Di Osaka, kami menginap di Tsuruhashi Toyoko-Inn selama 2 malam.  Kat Jepun ni, kebanyakkan hotel rate berdasarkan kepala bukan bilik. Contohnya, satu kepala Yen4,000, bilik pula hanya boleh menempatkan dua orang sahaja bagi double twin room, so, harga bilik ialah Yen8,000. Ada juga hotel charge duit shower, tiada sarapan pagi dll...(kat sini semuanya duit wokey), tapi nasib baik ada Toyoko-Inn, harganya agak murah (jadi ahli ada diskaun - hari biasa 5%, cuti umum atau cuti perayaan -20%), ada sarapan pagi (walaupun tak boleh makan kecuali nasi kepal dan teh/kopi sahaja), free Wifi di setiap bilik, harga mengikut bilik (tapi tak boleh buat mcm kat Malaysia satu bilik tu masuk 4-5 orang...kena ikut peraturannya).  Bilik kami double twin room hanya boleh menempat dua dewasa dan dibenarkan 2 kanak2 sahaja.  Biliknya kecil dan untuk sembahyang agak tidak selesa. Apa nak buat, USJ punya pasal. Copp...lagi satu yang istimewa kat Jepun nie, diskaun hotel lebih tinggi masa cuti umum berbanding hari biasa. Interesting kan kan.......kiranya keselesaan pelanggan yang diutamakan. Bila cerita pasal nie, teringat pula kawasan parking kat hospital area rumah lama dulu, pakir dalam hospital untuk pelanggan, pakir luar hospital untuk kakitangannya ( tetapi almost semua hospital pakir berbayar dan terhad, yang saya sebutkan di atas di kawasan agak perkampungan sedikit, so, pakir free dan dekat dengan pintu masuk).

Mmm..panjang la pula, belum lagi cerita pasal USJ. 

Agak tidak bernasib baik, kami ke USJ pada cuti sekolah, jadi ramailah orang berpusu-pusu ke sini. Dalam kepanasan beratur beli tiket nasib baik Angah Hazim sukarela tak nak berdukung...hehe, jika tak lenguh weii. Harga satu tiket Yen6000++/seorang dewasa.  Kelebihannya?????..boleh main semua kat dalam tu jika larat.  Jika tak, ada pilihan, iaitu harga tiket Yen4000++, hanya boleh main permainan tertentu sahaja (tapi sampai kat kami, tiket nie dah sold out)..huhuhu....bukan apa, dah le orang ramai...nak kena beratur satu game pula hampir sejam...tu belum ragam anak-anak...conferm tak boleh nak main semua...tetapi dah sold out, nak wat camne kan, boli ajolah apo yang ado.  

Bab makan pula, bagi muslim agak susah sikit, kami dah siap2 beli nasi kepal banyak2 kat convenience store berhampiran hotel dan mee soba. Nasib duduk dua hari aje....hehehe. Air alhamdulillah, no problem, banyak vending machine sepanjang berada dalam USJ.

Kami diberikan map USJ di pintu masuk..mmm...pening nak tengoknya....sebab banyak sangat kawasan nak kena p, pas tu dalam bahasa Jepun pula....(Bi dah habis katanya)...dalam hati nak p sini, p sana , pas tu sinun pule...akhirnya kami buat keputusan, pergi game yang hanya boleh lepas ketinggian Haziq dan Hazim sahaja (setelah mempertimbangkan ratusan pengunjung pada hari itu). Dan banyak game tidak memenuhi ketinggian Hazim...stay dengan ibu je lah kan..hehehe...naik big cup pusing2 ngan ibu pun best apa....ngeeeee.  Oleh yang demikian,bagi yang berhajat hendak ke USJ, pastikan anak anda tinggi- setingginya..hehehehe, mcm Haziq, umurnya 7 tahun jika ikutkan banyak juga tak lepas, tapi nasib baik tingginya macam budak 12 tahun...heheh....berbaloi 6000. Hahahahaha.

Bagi Muslim yang hendak ke sini (dan ke mana2 pun), jangan lupa bawa alat penentu arah kiblat.  kami solat kat dalam apa ke nama tempat game tu...penuh orang  tapi ada beberapa sudut lepak2....ada juga nihonjin yang bentang tikar tidur kat di situ (penat le tu main roller coster). Agak selesa, ada aircond, toilet pun ada untuk ambil air sembahyang dan boleh sembahyang dengan relaksnya sebab diarang tak kisah pun kita nak menunaikan solat asalkan bukan dilaksanakan tengah2 jalan sudah la.  Alhamdulillah, di Jepun, budaya menghormati agama lain amat tinggi.

Okey, tak nak cerita banyak2 dah..jom layan gambar-gambar kami di USJ....







Lawatan kami di USJ diakhiri dengan perarakan kereta berhias yang BEST!! yang bermula pada pukul 8.00 mlm waktu Jepun dan sejam kemudian kami bertolak balik ke hotel dalam kepenatan tetapi penuh dengan senyuman.


Entry gedik sat


Ok, until we meet again.

Babai.

10 September 2012

I luv sugar, but......



Pernah dengar ungkapan begini?

`lepas makan manis-manis tu, minum air banyak-banyak, nanti kuranglah gula tu`

terutama kat budak-budak yang selalu makan makanan manis.  Ini jika sentiasa berulang di telinga kanak-kanak, akan menjadi satu kepercayaan pula dan apabila dewasa akan diucapkan pula pada anak-anak.  Bimbang jika perkara ini berterusan akan membawa kepada kesan yang tidak baik...ooo, takpe makan le makanan manis banyak2, nanti minum air hilanglah manis tu. Pada saya pula, pening bila ada orang cakap begini kat anak-anak saya sebab bagi saya pendapat ini adalah TIDAK TEPAT.  Bila melibatkan orang tua, serba salah jadinya, tapi pernah seseorang menyebutnya  dan saya suarakan pendapat saya (umur ala-ala ai le...tu le berani) dan beliau menjawab...`BETUL KE?`

Dulu memang percaya juga tetapi setelah mendengar ungkapan dari seorang doktor kesihatan (tak ingat TV atau Radio) bahawa ini adalah salah, pemikiran saya berubah.  Dan baru-baru ini, terdengar lagi orang mengungkap kepada anak-anak saya setelah hampir setahun tak dengar membuatkan saya  tergerak hati untuk berkongsi pendapat.  Jika saya silap, mohon diperbetulkan pendapat saya ini.


http://www.forbes.com/sites/daviddisalvo/2012/04/01/what-eating-too-much-sugar-does-to-your-brain/
Seperti diketahui umum, bagi diabetes, cara untuk mengesan penyakit ini adalah melalui darah. Bukan melalui  buangan air kecil. Ini bermakna jika anda memakan makanan yang manis, kandungan gula akan diserap sebagai tenaga.  Kegagalan gula untuk ditukar kepada glukosa disebabkan kemasukan gula yang berlebihan akan meningkatkan risiko penyakit kencing manis dan  jika menghidap diabetes tahap 1  insulin   diperlukan untuk  membantu pemprosesan tenaga dari gula yang diterima oleh badan. Jika consume banyak gula juga akan meningkatkan  ukuran lilitan pinggang juga tau...hehehe...emok laaa....tapi jangan tak makan gula langsung, boleh membawa maut sebab tiada tenaga dalam badan (teringat arwah sepupu, Al-fatihah).

Manakala air pula akan digunakan sebagai pelincir dalam badan seperti mencuci buah pinggang serta meningkat metabolisma badan, membawa oksigen ke dalam sel badan, melaraskan suhu badan dan sebagainya.  Kekurangan air dalam badan boleh dilihat dari lesu, asyik mengantuk, pening aje...(mcm ai je ni...hehehe)...kulit tak anjal dan sebagainya.  Sebab itu dicadangkan meminum air 8 gelas sehari untuk meningkat metabolisma sekaligus dapat mengurangkan lilitan pinggang kita...kurus laaaa.....cara mudah untuk mengukur kekurangan air dalam badan ialah dengan melihat warna buangan air kecil (dari segi kepekatan warna).

Menariknya, jika lihat pada point terakhir link ini juga, lebihan air akan mengurangkan GARAM...bukan GULA......jeng jeng jeng.

Dan jika berkunjung ke pusat kesihatan pula, mereka amat menitikberatkan pengurangan kandungan gula (untuk kes mengurangkan berat badan) dan tidak pernah saya dengar cadangan minum air banyak2 lepas makan makanan manis....hanya dicadang untuk kurangkan  makanan manis.

Makanya jika hendak kurus, kurangkan gula, amalkan meminum 8 gelas air bersih setiap hari. Bukan kekalkan gula tetapi minum air banyak-banyak ya...pendapat ai je ni...jika salah tolong perbetulkan. 

Air dan gula amat diperlukan untuk mengimbangi badan kita TETAPI BUKAN air untuk mengimbangi gula. 

Maaf jika ada salah dan silap dari saya.

Until  we meet again.

Babai.